KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR

Telah diadakan pada 31.12.2011 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. bertempat di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Cawangan BSMM Kelantan.


Latihan Fire Drill di Pejabat TM Kota Bharu

telah diadakan pada 19hb Disember 2011. Seramai 3 orang anggota BSM Kelantan bersama sebuah ambulan terlibat dalam latihan ini yang melibatkan pihak BOMBA dan penyelamat 

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Ehsan Bencana Banjir 2011

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz pada 8 Disember 2011 bertempat SK PAK BADOL, Bachok, Kelantan.


antara gambar-gambar yang sempat diambil:-

BERTUGAS DI SEK. KEB. GELANG MAS

seramai 7 orang sukarelawan PBS Unit 1 betugas menyediakan makan tengahari kepada mangsa-mangsa banjir di sek. keb. gelang mas. mangsa seramai 244 orang telah berbindah ke sekolah tersebut kerana rumah mereka di tenggelami air... setakat jam 3.15 petang 27hb november 2011 seramai 1741 orang melibatkan

BERTUGAS SEMPERNA HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN MUHAMMAD KE V PADA 7HB - 12HB NOV 2011

BSMM Kelantan telah diberi mandat untuk memberi bantuan kecemasan semasa Perbarisan Kehormatan dan Majlis Penyampaian Pingat-Pingat semperna Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad Ke V pada 7 - 12 Nov 2011 bertempat Padang Merdeka, Kota Bharu dan Istana Balai Besar, Kota Bharu.

MALAYSIA - THAILAND JOINT BORDER DISASTER DRILL ON 31 OCTOBER 2011

PROGRAM LATIH AMAL MENGHADAPI BENCANA DIANTARA MALAYSIA DAN THAILAND DIBAWAH KERJASAMA SEMPADAN TELAH DIADAKAN PADA 31 OKTOBER 2011 BERTEMPAT  PENGKALAN KUBOR, KELANTAN, MALAYSIA.

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT-PINGAT DAN SIJIL-SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG BSMM NEGERI KELANTAN

TELAH DIADAKAN PADA 29 OKTOBER 2011 JAM 2.30 PETANG BERTEMPAT DI KOMPLEKS ISLAM JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA, PANJI, KOTA BHARU, KELANTAN. SERAMAI 300 ORANG PENERIMA TERMASUK TETAMU TELAH MENGHADIRI PADA MAJLIS TERSEBUT.

PENYAMPAIAN TERSEBUT TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YBHG. DATUK SETIAUSAHA AGUNG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, IBU PEJABAT KEBANGSAAN.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA SEMOGA DAPAT BERBAKTI DENGAN PENUH SEMANGAT

KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2 2011

Tarikh : 20hb Oktober - 23hb Oktober 2011
Perjalanan : Kelantan - Terengganu - Pahang - Johor
Penyertaan : 36 orang
Kenderaan : 9 buah

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sekali lagi BSM Kelantan dengan kerjasama Rakan-rakan Radio Amatur Kelantan telah berjaya melaksanakan Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih buat kali ke-2. kali ini kembara melibatkan 4 buah negeri untuk tiba di 2 lokasi utama iaitu Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya, Permas Jaya, Johor dan Rumah Anak-Anak Yatim Islam Mersing.

First Aider In Every Home Siri 2

Tarikh : 12hb Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : JKM Negeri Kelantan
Peserta : 21 orang

Anugerah BSMM Kelantan Tahun 2011

DATO’ PENGERUSI & AHLI JAWATANKUASA
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI KELANTAN


Dengan segala hormatnya
Mempersilakan


AHLI-AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Ke

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT SERTA
SIJIL KHIDMAT CEMERLANG TAHUN 2011


Yang akan disempurnakan oleh :


YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman b Tunku Sulaiman
Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia.


Pada :

Tarikh             : 29hb Oktober 2011 bersamaan 2 Zulhijjah 1432H (Sabtu)
Masa               : 2.30 Petang
Tempat           : Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
  Panji, Kota Bharu, Kelantan

First Aider In Every Home

Tarikh : 28hb september 2011
masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : JKM Negeri Kelantan
Penyertaan : 30 orang

Jemputan Palang Merah Thailand - The International RCY Volunteer Friendship Camp 2011

Dimaklumkan bahawa Palang Merah Thailand menjemput mana-mana ahli BSMM belia atau sukarelawan untuk menyertai The International RCY Volunteer Friendship Camp 2011 (10th International Years Of Volunteer) Nakhonratchasima Province pada 19 Nov Hingga 27 Nov 2011... hanya 30 tempat shj yang diperuntukkan kepada BSM Malaysia... Yuran Penyertaan USD 50 (RM150)... Tambang Pergi Balik adalah RM 350.00 (menggunakan keretaapi butterworth - Bangkok)... Makan minum semasa perjalanan adalah tanggungan sendiri manakala makan minum semasa perkhemahan adalah ditanggung oleh penganjur... Tarikh Tutup Penyertaan sebelum pada 20hb Oktober 2011.. Jika berminat sila isi borang di Ibu Pejabat Cawangan.... hubungi ikhwan (013-2119041) untuk sebarang pertanyaaan...


 



KURSUS PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS & CPR

Tarikh: 30hb sept. - 1hb Okt. 2011
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 9.00 pagi- 5.00 petang
Penyertaan: terbuka kepada ahli dan bukan ahli BSMM

Dafrar segera........

hubungi 0129605982 rudy / 0132119041 ikhwan

Boling Merdeka BSMM Cabang Kota Bharu 2011 (Tertutup untuk Ahli BSMM Shj)

Perhatian!!!... sekali lagi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kota Bharu akan menganjurkan Boling Merdeka semperna hari Kemerdekaan... Tarikh tutup Pendaftaran adalah SEBELUM pada 22hb September 2011 jam 3 petang... Mana-mana Ahli yang berminat boleh Daftar dengan segera... untuk 40 orang sahaja....

Terbuka kepada semua Ahi BSMM Kelantan atau seangkatan dengan nya...

Tarikh : 24hb September 2011 (Sabtu)
Masa : Jam 10 Pagi
Tempat : Mutiarabowl (Billion Kota Bharu)
Warna Pakaian : Azur (Biru langit cerah) code : #007FFF
Bayaran : RM 25 sahaja (3 Games)... bayar sebelum 22 Sept 2011
* akan diberi goodies beg

Kategori : Individu (Lelaki / Wanita), Kumpulan (optional)
Hadiah : Johan, Naib Johan, Ke-3, Ke-4, Ke-5
Hadiah Misteri : Mata tertinggi setiap Games (Jackport)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi rudy (012-9605982) atau ikhwan(013-2119041) atau terus daftar di Ibu Pejabat BSMM Kelantan..

"Bersukan demi Kemanusiaan"

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN ZAKAT KEPADA PELAJAR MISKIN/ YATIM

Tarikh : 25hb Ogos 2011
Masa : 6.00 ptg - 8.15 mlm
Tempat : SMKA Lati, Pasir Mas

Program :
1. Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar
2. Penyampaian Zakat

* Kepada sesiapa yang ingin mengeluarkan zakat @ ingin menderma untuk majlis tersebut boleh lah menghubungi sekretariat di talian 09-7435504 atau boleh menderma secara tunai atau cek atas nama

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH KELANTAN
NO AKAUN BMMB: 03010000155713

Hari Keluarga BSMM Kelantan

Telah diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat Perdana Resort, PCB, Kelantan.. Seramai 40 orang Ahli dan Pegawai BSMM Kelantan telah menyertai hari Keluarga tersebut. Telah Dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi BSMM Kelantan, Tn Hj Wan Ali b Wan Ahmad.

Antara Gambar-gambar yang sempat diambil :













PERKHEMAHAN PERDANA 2011






Tarikh : 27hb April - 30hb April 2011
Tempat: Kem Latihan BSMM, Kandis, Bachok
Penyertaan: 1,897 orang Pelajar dari SM dan SK
Pegawai: 200 orang

Sekali lagi BSM Kelantan berjaya menganjurkan Perkhemahan Perdana 2011 dengan penyertaan yang ramai. Buat pertama kalinya BSM Kelantan melaksanakan perkemahan di tempat sendiri iaitu di Kem Latihan BSMm Kandis, Bachok yang berkeluasan 10 ekar. TERIMA KASIH Kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Tanah Daerah Bachok atas pemerian tanah tersebut.

walaupun banyak dugaan dan rintangan yang dilalui oleh BSM Kelantan dalam melaksanakan perkhemahan tersebut, berkat kesabaran dan usaha Jawatankuasa BSM Kelantan dan Sekretariat dalam memastikan semua dapat dapat dilaksanakan akhirnya membuahkan hasil apabila menerima kunjungan pertama seramai 1897 orang peserta. ini adalah suatu diluar jangkaan BSM Kelantan.

pada tahun ini juga Yayasan Islam Kelantan telah muncul Kontingen Terbaik dan Belia Lelaki dan Perempuan Terbaik dalam perkhemahan tersebut. Syabas dan Tahniah kepada YIK kerana telah berusaha keras dalam memastikan kejayaan dan kemenangan milik mereka.

semoga SUKBEL 2011 nanti mendapat sambutan yang baik daripada Pelajar yang berumur 15 - 25 tahun yang akan berlangsung pada 28hb - 3hb Jun 2011 di tempat yang sama.

Kekalkan Kejuaraan Kontingen Kelantan selama 4 tahun berturut-turut .....

Sukan Peringkat PPD Tumpat, Komplek Sukan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu (4 Petugas Kecemasan)





Antara Gambar yang sempat diambil ketika Sukan Peringkat PPD Tumpat bertempat Di Kompleks Sukan Wakaf Mek Zainab pada 7,8 dan 9 Mac 2011.. Seramai 4 orang anggota PBS Negeri Kelantan dibantu oleh 10 orang ahli PBSM Sekolah daerah PPD Tumpat..

Gambar terpilih