KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2 2011

Tarikh : 20hb Oktober - 23hb Oktober 2011
Perjalanan : Kelantan - Terengganu - Pahang - Johor
Penyertaan : 36 orang
Kenderaan : 9 buah

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sekali lagi BSM Kelantan dengan kerjasama Rakan-rakan Radio Amatur Kelantan telah berjaya melaksanakan Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih buat kali ke-2. kali ini kembara melibatkan 4 buah negeri untuk tiba di 2 lokasi utama iaitu Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya, Permas Jaya, Johor dan Rumah Anak-Anak Yatim Islam Mersing.

Kembara ini mendapat kerjasama yang amat baik daripada Polis Diraja Malaysia, Rakan Radio Amatur PEMANCAR, Kuala Berang, Rakan Radio Amatur Segamat, JASTRA, Johor, Bulan Sabit Merah Johor, serta Rakan Radio Amatur Mersing. Ucapan Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyambut ketibaan peserta kembara terutama Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Johor yang telah memberi kerjasama yang amat baik.
Tidak lupa juga kepada penaja dan sponsor iaitu, Thaitong Sdn. Bhd., Nice Year Group Sdn. Bhd., Permanis Sandi land Sdn. Bhd., Beras Era (Era Bayam Kota), Ingenious Air Cycle Engineering dan orang-orang perseorangan yang terlibat menjayakan KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2 2011.




Gambar terpilih