PERKHEMAHAN PERDANA BSM KELANTAN 2010








Tarikh : 30hb Jun - 3hb Julai 2010
Tempat : Kem Kok Keli Tumpat, Kelantan
Penyertaan : 923 orang peserta sekolah rendah dan menengah

Perkhemahan Perdana telah berjaya diadakan pada baru-baru ini bertempat di Kem Kok Keli, tumpat Kelantan. Perkhemahan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Kelantan. 10 Pejabat Pelajaran Daerah telah terlibat dan juga daripada Yayasan Islam Kelantan bersama-sama memberi idea dan pendapat bagi memantapkan perkhemahan tahunan BSM kelantan ini. seramai 13o orang pegawai terlibat sama dan dibantu oleh 32 orang Fasilitator yang dilatih khas untuk mengendalikan Skill Station yang terdiri daripada Ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS), Cabang Uitm Machang. Beberapa pertandingan telah diadakan antara PPD dan PPD Pasir Mas telah dinobatkan sebagai Kontinjen Terbaik dan juara keseluruhan Perkhemahan pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini tertutama pihak Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan semua PPD yang terlibat.

Gambar terpilih