Kursus Pertolongan Cemas Lanjutan Dan Pentadbiran Pegurusan

Kursus ini telah diadakan pada 24 hingga 26 September 2012 bertempat di Ibu Pejabat BSMM Cawangan Kelantan. Seramai 10 orang peserta telah hadir pada kursus ini. Jurulatih untuk kursus ini adalah En. Azlan Mohamad selaku Jurulatih Kanan serta Pegawai Luar Institut BSMM Ibu Pejabat Kebangsaan.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil :












Majlis Hari Raya Rangkaian Belia 2012

 Majlis ini telah diadakan pada hari raya ke 3 bermula jam 10 pg hingga 12 tengahari. Majlis ini juga merupakan majlis reunion yang berlansung secara kecil-kecilan. seramai 30 orang telah hadir antaranya rangkaian belia tahun 2011 (versi 1), rangkaian belia tahun 2012 (versi 2) dan ahli-ahli lama yang mungkin telah lama menghilang yang berada di perantauan balik kg untuk beraya..

antara gambar2 yang sempat dirakam :








Borang Kajian Ahli Belia Tingkatan 5

Mohon kepada semua Ahli Belia Tingkatan 5 mengisi borang kajian ini untuk membantu JK Belia BSMM Kelantan mengumpul maklumat ahli-ahli seluruh Kelantan. Harap Maklum.


Kursus PCA & CPR kepada Pelajar IPG Kota Bharu

Telah diadakan pada 15 - 18 Julai 2012 di Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut, Terengganu. Seramai 40 orang peserta menyertai kursus tersebut. tahniah kepada peserta yang lulus peperiksaan tersebut.


antara gambar yang sempat diambil :

Boling Persahabatan BSMM Kelantan Dengan MMA Kelantan

Pertandingan ini telah diadakan pada 6 Julai 2012 bertempat Mutiara Superbowl, Billion, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini. Syabas kepada pemenang.

antara gambar yang sempat diambil :

Perkhemahan Perdana 2012

Telah diadakan pada 25 Jun hingga 28 Jun 2012. bertempat di Kem Latihan BSMM, Kandis, Bachok, Kelantan. Seramai 1800 peserta dari belia dan link(kanak-kanak) telah menyertai perkhemahan ini. antara aktiviti yang telah diadakan inlah skill station yang melibatkan kawad kaki, usungan, balutan, pengendalian CPR dan skill station tambahan ialah cegah kebakaran (peserta layak memakai lencana cegah kebakaran).

antara gambar-gamabar yang sempat diambil :

BAJU UNTUK DIJUAL

Baju Untuk dijual..
harga : Rm15 (tidak termasuk kos penghantaran)
size : dari S - XXXL
berminat boleh buat tempahan di talian 017-9798827 (Nik adhwa)
keuntungan jualan akan dimasukkan kepada TABUNG RANGKAIAN BELIA BSMM..
jadi marila sama2 membeli sambil menyumbang kepada rangkaian belia..

"Youth On The Move : Doing More, Doing Better, Reaching Further" 



Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012

Himpunan ini telah diadakan pada 23 - 27 Mei 2012 bertempat di Putrajaya. Himpunan ini diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia seramai 1000 peserta BSMM seluruh Malaysia hadir pada himpunan ini. Kontingen Kelantan telah menghantar seramai 40 orang peserta belia dan 10 orang peserta PBS. diakhir himpunan peserta telah didedahkan dengan operasi menyelamat semasa kemalangan.

antara gambar yang sempat diambil :

Rombongan BSMM Cabang Perak Tengah melawat BSMM Kelantan

Program ini telah berlansung pada 25 - 27 Mei 2012 seramai 40 orang menyertai rombongan ini. terima kasih kepada BSMM Cabang Perak Tengah kerana sudi hadir melawat BSMM Cawangan Kelantan.

antara gambar yang sempat diambil :













 

Gambar terpilih