Memaparkan catatan dengan label bencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bencana. Papar semua catatan

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Ehsan Bencana Banjir 2011

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz pada 8 Disember 2011 bertempat SK PAK BADOL, Bachok, Kelantan.


antara gambar-gambar yang sempat diambil:-

BERTUGAS DI SEK. KEB. GELANG MAS

seramai 7 orang sukarelawan PBS Unit 1 betugas menyediakan makan tengahari kepada mangsa-mangsa banjir di sek. keb. gelang mas. mangsa seramai 244 orang telah berbindah ke sekolah tersebut kerana rumah mereka di tenggelami air... setakat jam 3.15 petang 27hb november 2011 seramai 1741 orang melibatkan

MALAYSIA - THAILAND JOINT BORDER DISASTER DRILL ON 31 OCTOBER 2011

PROGRAM LATIH AMAL MENGHADAPI BENCANA DIANTARA MALAYSIA DAN THAILAND DIBAWAH KERJASAMA SEMPADAN TELAH DIADAKAN PADA 31 OKTOBER 2011 BERTEMPAT  PENGKALAN KUBOR, KELANTAN, MALAYSIA.

LATIHAN BANTUAN OPERASI BENCANA & MENYELAMAT - IPGM SULTAN MIZAN, BESUT









Latihan ini telah diadakan pada 2 Oktober 2010 (Sabtu). Seramai 30 orang peserta telah menghadiri Latihan ini dibantu oleh 3 orang Jurulatih BSM Kelantan. Peserta telah dibahagi kepada 3 Skill Station iaitu Patah Anggota Atas, Patah Anggota Bawah dan Usungan. Peserta juga diberi taklimat tentang MKN 20 berkaitan dengan Bencana. Diakhir Latihan Peserta didedahkan dengan Simulasi Bencana dan Pecahan Zon Triage.

LATIHAMAL BENCANA 2010, SINTOK, KEDAH







Pada 15hb hingga 17hb April 2010, wakil-wakil Bulan Sabit Merah Malaysia dari seluruh cawangan telah berkumpul di Kem PLKN UUM, Sintok Kedah bagi menjalani latiamal bencana peringkat zon utara bagi tahun 2010. BSMM Cawangan Kelantan telah menghantar wakil seramai 5 orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Ab. Aziz Ab. Rahman, Pengerusi Bencana Negeri Kelantan, En. Ab. Hafiz Bin Ab. Rahman, Pengerusi Bencana Cabang Pasir Mas/Tumpat, En. Norudin Bin Yaacob, Jurulatih Cawangan, En. Mazlan Bin Mahmood, Pengerusi Bencana Kota Bharu dan En. Muhamad Kharudi Ab. Rashid, Pegawai Tadbir dan Operasi.
Pada Hari Akhir latihan ini diadakan simulasi bencana di Kg. Tradisi, Sintok, Kedah yang disaksikan oleh penduduk kampung serta dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mua'dzam Shah pada jam 3 petang. Simulasi ini bertujuan bagi mendedahkan kepada masyarakat tentang persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang melanda. Latihamal ini juga mendapat sokongan daripada beberapa agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi lain.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya melaksanakan Latihamal 2010 bertempat di Sintok, Kedah. Jumpa lagi untuk program akan datang.....

PETUGAS BENCANA KEBAKARAN DI BALAI BOMBA PENGKALAN CHEPA



Pasukan Bantuan Sukarela mula bertugas pada 21hb Januari 2010 di Balai Bomba Pengkalan Chepa. tugas BSM Kelantan adalah menyediakan makanan kepada petugas Bombo dan Penyelamat yang bertugas memadam kebakaran di Pusat Pelupusan sampah Teluk Kintang, Sabak. Seramai 15 orang ahli PBS memberi sumbangan tenaga yang diketuai oleh En. Mazlan Mahmood (Komandan PBS Unit 1) ketua memasak. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli PBS yang terlibat dan bertungkus lumus menyediakan makanan kepada petugas.

Taklimat Emergency Communication


9W2SYD memberi taklimat





Para peserta memberi perhatian semasa taklimat tersebut....

pada 14 November 2009, Jam 0930H, bilik taklimat ibu Pej. Bsmm Cawangan Kelantan.
Telah Diadakan taklimat berkenaan emergency communication yang telah disampaikan oleh En Syaidina (9W2SDY). seramai 15 ahli ART Bsmm telah hadir pada taklimat tersebut.
taklimat ini berkaitan dengan perhubungan semasa kecemasan semasa bencana. taklimat ini diadakan sebagai persiapan banjir gelombang kedua kelantan.

BERTUGAS DI SEK. KEB. GELANG MAS, PASIR MAS






Seramai 5 orang Ahli PBS Unit Pasir Mas bertugas mengendalikan Dapur Bergerak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mangsa-mangsa banjir.

STANDBY BANJIR 2009/2010

Kepada semua sukarelawan Bulan Sabit Merah Kelantan, anda dikehendaki melapor diri di Ibu pejabat BSM Kelantan untuk standy banjir bagi tahun 2009/2010. juga kepada mereka yang berminat boleh hadir ke IPC untuk mendaftarkan diri sebagai ahli BSMM.

Bersama-samalah kita "membantu demi kemanusiaan".

STANDBY BANJIR 2009

Tarikh 03 hingga 08 / 01 / 2009
Petugas-petugas PBS seramai 22 orang di tempatkan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir
daerah yang terlibat dengan banjir adalah:
1-Kota Bharu 3 pusat pemindahan di buka, 46 mangsa dan 11 keluarga
2-Tanah Merah 3 pusat pemindahan di buka, 92 mangsa dan 18 keluarga
3-Pasir Mas 7 pusat pemindahan di buka, 849 mangsa dan 226 keluarga
4-Pasir Puteh 2 pusat pemindahan di buka, 49 mangsa dan 2 keluarga
5-Machang 1 pusat pemindahan di buka, 111 mangsa dan 21 keluarga
6-Tumpat 1 pusat pemindahan di buka, 62 mangsa dan 19 keluarga.
Tugasan PBS adalah menyediakan makanan, minuman dan menjaga keselamatan mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sebagai misi kemanusiaan.

STANDBY BANJIR 2008






Tarikh: 29hb November - 8hb Disember 2008
Kekuatan Petugas : 65 orang Ahli PBS Cawangan Kelantan
BSM Kelantan telah menghantar seramai 65 orang petugas ke beberapa pusat pemindahan banjir iaitu di S.K Gelang Mas, S.K Gual Tinggi, Stesen Keretapi Rantau Panjang, S.K Bunohan, dan beberapa pusat lagi di daerah Tumpat dan Pasir Mas.
Tugas utama Ahli BSM ialah menyediakan makanan kepada mangsa banjir dan membantu JKM dalam mengagihkan keperluan mangsa-mangsa banjir.

BANJIR 2007





Sukarelawan Bulan Sabit Merah Kelantan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Bantuan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.


Banjir 2007 telah melibatkan seramai 187 orang ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) seluruh Negeri Kelantan tampil menghulurkan bantuan. Tugas utama Ahli PBS adalah menyediakan makanan terutama memasak nasi menggunakan Dapur Bergerak (Clinton Cooker).


Susungguhnya curahan tenaga yang diberikan oleh ahli-ahli PBS yang terlibat amatlah dihargai. teruskan khidmat sukarela anda.
"BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"




Gambar terpilih