Memaparkan catatan dengan label Khidmat Masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khidmat Masyarakat. Papar semua catatan

KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2 2011

Tarikh : 20hb Oktober - 23hb Oktober 2011
Perjalanan : Kelantan - Terengganu - Pahang - Johor
Penyertaan : 36 orang
Kenderaan : 9 buah

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sekali lagi BSM Kelantan dengan kerjasama Rakan-rakan Radio Amatur Kelantan telah berjaya melaksanakan Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih buat kali ke-2. kali ini kembara melibatkan 4 buah negeri untuk tiba di 2 lokasi utama iaitu Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya, Permas Jaya, Johor dan Rumah Anak-Anak Yatim Islam Mersing.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN ZAKAT KEPADA PELAJAR MISKIN/ YATIM

Tarikh : 25hb Ogos 2011
Masa : 6.00 ptg - 8.15 mlm
Tempat : SMKA Lati, Pasir Mas

Program :
1. Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar
2. Penyampaian Zakat

* Kepada sesiapa yang ingin mengeluarkan zakat @ ingin menderma untuk majlis tersebut boleh lah menghubungi sekretariat di talian 09-7435504 atau boleh menderma secara tunai atau cek atas nama

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH KELANTAN
NO AKAUN BMMB: 03010000155713

GOTONG ROYONG TAPAK KEM LATIHAN BSMM

Tarikh: 4hb Mac 2011
masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Tapak Kem Latihan BSMM, Kandis, BAchok
Penyertaan : 40 orang Sukarelawan







KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2010

Tarikh : 4hb - 6hb November 2010
Tempat : Kelantan - Perak - Kelantan
Penyertaan: 70 orang
Anjuran : BSM Kelantan
: Rakan-Rakan Radio Amatur Kelantan

BSM Kelantan dengan kerjasama rakan-rakan radio amatur kelantan telah berjaya menganjurkan Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih 2010 ke 2 buah rumah anak-anak yatim negeri perak. Program ini mendapat kerjasama yang baik terutama BSM cawangan Perak yang menyediakan penginapan, makan tengahari dan segala urusan pergerakan di negeri perak.

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kembara ini..



PROGRAM PRIHATIN DAN KHIDMAT SOSIAL BSM KELANTAN







Tajuk : Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat
Masa : 5.45 petang - 8.00 malam
Tempat : Dewan SMK Ismail Petra, Kota Bharu

BSM Kelantan dengan kerjasama SMK Ismail Petra, Kota Bharu telah mengadakan majlis berbuka puasa dan peyampaian zakat kepada 250 orang yatim dan miskin yang dikenal pasti dari 6 buah sekolah sekitar kota bharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Wan Azhar Bin Wan Mohd Ali Pengerusi BSM Kelantan merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Kebangsaan BSMM.

Turut hadir :

YBhg. Datuk Dr. Nordin Bin Hj. Ab. Razak
Setiausaha Agung BSMM

YBhg. Datuk Rashidi Bin Hj. Mohd Noor
Timbalan Pengerusi BSM Johor

Wakil daripada Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM

YDP PIBG SMK Ismail Petra

jumlah keseluruhan penyertaan seramai 600 orang


GOTONG ROYONG PERDANA, TAMAN DESA WANGI PASIR TUMBUH

Seramai 15 orang Ahli Pasukan Bantuan Sukarela PBS BSM Kelantan turut terlibat sama dalam gotong royong perdana di Taman Desa Wangi Pasir Tumbuh. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini perlu disemai dalam diri seorang sukarelawan supaya dapat membantu masyarakat dalam apa jua keadaan.



KEMPEN DERMA DARAH & KEM KESIHATAN







Pasukan Bantuan sukarela PBS Unit 8 (Pusat Rawatan Komuniti) telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Kem Kesihatan di Kg. Gong Ketereh, Tok Belian Tawang Bachok pada 6hb Feb. 2010. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dihadiri oleh penduduk setempat dan jemputan luar. Antara yang membantu Hospital Universiti Sains Malaysia, Kolej Masterskill, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) dan Kolej Polytech Mara (KPTM). Pada hari tersebut lebih 70 orang telah menderma darah. Tahniah diucapkan kepada PBS unit 8 danYBhg. Dr. Seri Buana Zainudin yang telah berjaya menganjurkan program ini.

PROGRAM MAKANAN PERCUMA

Tarikh : Setiap hari Ahad dan Khamis (Bermula 14hb Januari 2010)

Masa : 12.30 tgh hingga 2.00 ptg

Tempat : Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan

Terbuka kepada semua individu yang kurang mampu yang berada sekitar bandar Kota Bharu. Program ini ditaja oleh individu iaitu Dr. Hj. Wan Azhar (Pengerusi BSM Kelantan) dan Dato' Amanullah (Executive Chairman) Systematic Conglomerate Sdn. Bhd.

Sehubungan dengan itu kepada individu atau syarikat swasta yang ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan lagi program ini bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan di talian 09-7435504 (Pejabat).

"BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"

Gambar terpilih