Memaparkan catatan dengan label perkhemahan belia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkhemahan belia. Papar semua catatan

Perkhemahan Perdana 2012

Telah diadakan pada 25 Jun hingga 28 Jun 2012. bertempat di Kem Latihan BSMM, Kandis, Bachok, Kelantan. Seramai 1800 peserta dari belia dan link(kanak-kanak) telah menyertai perkhemahan ini. antara aktiviti yang telah diadakan inlah skill station yang melibatkan kawad kaki, usungan, balutan, pengendalian CPR dan skill station tambahan ialah cegah kebakaran (peserta layak memakai lencana cegah kebakaran).

antara gambar-gamabar yang sempat diambil :

Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012

Himpunan ini telah diadakan pada 23 - 27 Mei 2012 bertempat di Putrajaya. Himpunan ini diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia seramai 1000 peserta BSMM seluruh Malaysia hadir pada himpunan ini. Kontingen Kelantan telah menghantar seramai 40 orang peserta belia dan 10 orang peserta PBS. diakhir himpunan peserta telah didedahkan dengan operasi menyelamat semasa kemalangan.

antara gambar yang sempat diambil :

Perkhemahan Kental Diri (S.U.M.E Camp) Rangkaian Belia 2012

Perkhemahan ini telah diadakan pada 14 - 16 Mac 2012 bertempat di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Seramai 30 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini. peserta telah diuji dengan pelbagai ujian antaranya memasak menggunakan buluh, membina khemah dan sebagainya.

antara gambar yang sempat dirakam :












Kem Kepimpinan Belia BSMM YIK 2012

Kem Kepimpinan ini telah diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2012 bertempat di MIN HOUSE CAMP, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Antara aktiviti yang diadakan ialah Kepimpinan Melalui teladan, Lencana Kecekapan dan sebagainya. Seramai 70 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini.

antara gambar yang sempat diambil :








FORUM BELIA KEBANGSAAN 2010, NUR LEMBAH PANSUNG, SELANGOR, 28 - 30 OKTOBER 2010



Kontigen Kelantan Menghantar 33 orang Peserta pada Forum tersebut


Laporan Aktiviti


Khamis 28 Oktober 2010

Para peserta yang akan menyertai forum ini berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Kebangsaan di Jalan Nipah, Ampang sebelum dibawa menuju ke destinasi iaitu Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Sampai sahaja di kawasan berkenaan, pada peserta diberi sedikit taklimat berkenaan tempat tinggal dan kawasan berkumpul setiap aktiviti. Fail dan nota berkenaan program ini turut diagihkan kepada para peserta. Selesai sahaja taklimat, sesi Suaikenal diadakan berhampiran kawasan lapang di sebelah sebatang sungai disana.

Selesai sahaja aktiviti berkenaan, kami menuju ke dewan terbuka kerana ada taklimat berkenaan aktiviti sepanjang program yang disampaikan oleh Tuan Syah.

Aktiviti sebelah malam telah diadakan sejurus selepas solat isyak dan taklimat disambung dari petang tadi. Taklimat berkenaan disiplin semasa aktiviti ini ditekankan oleh Encik Azmi Tajuddin dan para peserta diminta agar mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini kerana pada keesokan harinya, ada lagi peserta dari Kelantan akan tiba.

Jumaat 29 Oktober 2010

Aktiviti pagi ini adalah lebih berkenaan jatidiri kepada para peserta. Aktivit lain yang diadakan adalah seperti permainan yang menekankan kerjasama bersama dalam satu kumpulan yang besar. Aktiviti ini tamat pada tengahari dan peserta dilepaskan untuk membuat aktivit yang lain dan bersiap untuk Solat Jumaat.

Aktiviti pada sebelah petang sejurus selesai menunaikanSolat Fardhu Jumaat adalah Komunikasi Kecemasan dan memanjat tembok tiruan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki berkumpul dalam satu barisan dan pengagihan kumpulan diadakan. Melalui ini, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu satu di bahagian Radio Kecemasan dan satu kumpulan lagi untuk aktiviti memanjat tembok tiruan.

Melalui slot Radio Kecemasan, para peserta didedahkan dengan alatan radio komunikasi seperti handy dan rig. Tenaga pengajar yang membantu slot ini ialah Encik Ali Paat (9W2GOD), Encik Abdul Rasid Ahmad Sidek (9M2YRS), Encik LT.(B) Khairul Annuar (9W2XLT) dan beberapa orang yang lain lagi. Aktiviti yang dijalankan di dalam slot ini adalah seperti Pengenalan Kepada Radio Amatur, Penggunaan Radio Amatur, 2 Meter Band, UHF dan lain-lain lagi.

Aktiviti memanjat tembok tiruan yang terletak berhampiran pintu masuk ke kwasan ini diadakan kira-kira sejam selepas aktiviti pertama. Menerusi aktiviti ini, peserta boleh menguji kekuatan fizikal dan mental masing-masing. Sebelum peserta memanjat tembok, keselamatan amat dititik beratkan seperti memakai topi keselamatan dan harnest.

Aktiviti seterusnya adalah Keselamatan Di Dalam Air yang disampaikan oleh Encik Azmi Tajuddin. Para peserta dikehendaki berendam di dalam kolam yang terletak berhampiran aktiviti sebelum ini,memanjat tembok tiruan. Pendedahan tentang keselamatan ini amat perlu kepada semua peserta apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di air.

Aktiviti seterusnya diadakan pada sebelah malam ini turut disertai oleh Dato’ Dr Hj Wan Azhar Bin Wan Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Kata-kata motivasi diberikan kepada para peserta forum ini. Pada malam ini, bengkel yang berkaitan dengan belia di dalam persatuan di adakan dan peserta dikumpulkan di dalam beberapa kumpulan. Tugasan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini berbeza mengikut tugasan dan dibentangkan.

Sabtu 30 Oktober 2010

Pada pagi ini telah diadakan satu Kuliah Subuh kepada peserta Muslim forum belia ini. Penceramah didatangkan khas dari masjid berhampiran oleh jawatankuasa penganjur. Pembentangan terakhir kumpulan telah diadakan. Melalui pembentangan ini, para peserta berkongsi pendapat berhubung beberapa topik yang diberikan kepada setiap kumpulan.

Selesai sahaja pembentangan, sesi luahan rasa dan pendapat telah diadakan. Ianya memberi peluang kepada peserta untuk meluahkan perasaan mereka sepanjang aktiviti ini berlangsung. Selain itu, harapan mereka terhadap perkembangan persatuan pada masa akan datang.

Penghargaan

Dato’ Dr Hj Wan Azhar B Wan Ali

Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Semua Staf Ibu Pejabat Kebangsaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

Semua Staf Ibu Pejabat Cawangan Kelantan

PERKHEMAHAN AGUNG BSMM PERINGKAT PPD BACHOK





TARIKH : 12HB – 15HB MEI 2010

TEMPAT : PANTAI SRI TELONG, KANDIS, BACHOK

PENYERTAAN : 510 ORANG

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :

  1. GUBAHAN (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMKA TOK BACHOK
    2. NAIB JOHAN : SMK PUTERI SAADONG
  2. GUBAHAN (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK PAK BADOL
    2. NAIB JOHAN : SK CHANTUM
  3. MEREMPUH HALANGAN (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK DATO' PERDANA
    2. NAIB JOHAN : SMK BACHOK
  4. MEREMPUH HALANGAN (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK KANDIS
    2. NAIB JOHAN : SK JELAWAT
  5. MASAKAN (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK TOK BACHOK
    2. NAIB JOHAN : SMK BADAK
  6. MASAKAN (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK PAK BADOL
    2. NAIB JOHAN : SK PERUPOK
  7. MALAM BAKAT (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMKA TOK BACHOK
    2. NAIB JOHAN : SMK SRI NIPAH
  8. MALAM BAKAT (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK KUBANG TELAGA
    2. NAIB JOHAN : SK JELAWAT
  9. KAWAD KAKI (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK DATO' PERDANA
    2. NAIB JOHAN : SMK BACHOK
  10. KAWAD KAKI (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK PAK BADOL
    2. NAIB JOHAN : SK KANDIS
  11. KETUA PASUKAN TERBAIK (SEKOLAH MENENGAH : SMK JELAWAT
  12. KETUA PASUKAN TERBAIK (SEKOLAH RENDAH) : SK PERUPOK
  13. PERTOLONGAN CEMAS (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK BACHOK
    2. NAIB JOHAN : SMK PUTERI SAADONG
  14. PERTOLONGAN CEMAS (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK PAK BADOL
    2. NAIB JOHAN : SK KANDIS
  15. IKHTIAR HIDUP (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK BADAK
    2. NAIB JOHAN : SMK JELAWAT
  16. IKHTIAR HIDUP (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK JELAWAT
    2. NAIB JOHAN : SK KUBANG GOLOK
  17. EXPLORE RACE (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK BADAK
    2. NAIB JOHAN : SMK JELAWAT
  18. KAWASAN KHEMAH TERCANTIK
    1. JOHAN SEKOLAH MENENGAH : SMK BADAK
    2. JOHAN SEKOLAH RENDAH : SK KANDIS
  19. SUKANEKA (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK DATO' PERDANA
    2. NAIB JOHAN : SMKA TOK BACHOK
  20. SUKANEKA (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK CHANTUM
    2. NAIB JOHAN : SK KUBANG GOLOK
  21. UUKA (SEKOLAH RENDAH SAHAJA)
    1. JOHAN : SK KEMUNTING
    2. NAIB JOHAN : SK KOLAM

Perkhemahan Agung BSMM Peringkat PPD Bachok telah diadakan di Pantai Sri Telong, Kandis, Bachok Kelantan. Seramai 510 orang telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai ilmu dan pengetahuan telah diberikan kepada peserta yang dikendalikan oleh Pasukan Bantuan Sukarela PBS Unit 16 Jelawat. SMKA Tok Bachok telah mendapat Johan Keseluruhan manakala sekolah rendah pula dimenangi oleh SK Kandis. Persamian Penutup telah disempurnakan oleh En. Sulaiman Bin Daud, Penolong Pegawai Daerah Bachok.

PERKHEMAHAN AGUNG BSMM PERINGKAT PPD KUALA KRAI





TARIKH : 12HB – 15HB MEI 2010

TEMPAT : SRI PANTAI, MELAWI BACHOK

PENYERTAAN : 240 ORANG

SEKOLAH MENENGAH YANG TERLIBAT:

  1. SMK SULTAN YAHYA PETRA 1
  2. SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
  3. SMK LALOH
  4. SMK MANIK URAI
  5. SMK KEROH
  6. SMK KUALA KRAI
  7. SMUA MAAHAD RAHMANIAH
  8. SMK MENGKEBANG

SEKOLAH RENDAH YANG TERLIBAT:

  1. SK BEDAL
  2. SK CHENULANG
  3. SK TELEKONG
  4. SK MAHLIGAI

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN:

  1. KAWASAN KHEMAH TERBAIK (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN :SMUA MAAHAD RAHMANIAH
    2. NAIB JOHAN : SMK LALOH
    3. KE – 3 : SMK KEROH
  2. KAWASAN KHEMAH TERBAIK (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK BEDAL
    2. NAIB JOHAN : SK CHENULANG
  3. PERTOLONGAN CEMAS (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK SULTAN YAHYA PETRA 1
    2. NAIB JOHAN : SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
    3. KE – 3 : SMK KEROH
  4. PERTOLONGAN CEMAS (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK MAHLIGAI
    2. NAIB JOHAN : SK CHENULANG
    3. KE – 3 : SK BEDAL
  5. KOIR (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
    2. NAIB JOHAN : SMK KEROH
    3. KE – 3 : SMUA MAAHAD RAHMANIAH
  6. KOIR (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK BEDAL
    2. NAIB JOHAN : SK TELEKONG
  7. KEBUDAYAAN (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK LALOH
    2. NAIB JOHAN : SMK KEROH
    3. KE – 3 : SMK MENGKEBANG
  8. KEBUDAYAAN (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK CHENULANG
    2. NAIB JOHAN : SK BEDAL
  9. LARI BERHALANGAN (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK SULTAN YAHYA PETRA 2
    2. NAIB JOHAN : SMK KEROH
    3. KE – 3 : SMK LALOH
  10. LARI BERHALANGAN (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK BEDAL
    2. NAIB JOHAN : SK CHENULANG
  11. KAWAD KAKI (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK KEROH
    2. NAIB JOHAN : SMUA MAAHAD RAHMANIAH
    3. KE – 3 : SMK LALOH
  12. KAWAD KAKI (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK BEDAL
    2. NAIB JOHAN : SK CHENULANG
  13. GAJET (SEKOLAH MENENGAH)
    1. JOHAN : SMK KUALA KRAI
    2. NAIB JOHAN : SMK KEROH
    3. KE – 3 : SMK MANEK URAI
  14. GAJET (SEKOLAH RENDAH)
    1. JOHAN : SK TELEKONG
    2. NAIB JOHAN : SK CHENULANG

Perkhemahan ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam bertempat di Sri Pantai, Melawi Bachok. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ramali Bin Deraman, Penolong Pegawai Daerah (Kemanusiaan) PPD Kuala Krai. Juara Keseluruhan Perkhemahan Agung BSMM Peringkat PPD Kuala Krai bagi tahun 2010 dimenangi oleh Sek. Men. Keb. Keroh.

PERKHEMAHAN AGUNG CABANG KOTA BHARU

Tarikh: 27hb - 29hb April 2010
Tempat: Kem Kijang, Kota Bharu
Jumlah Peserta: 555 orang


Sesi Pendaftaran

Seramai 555 orang telah menghadiri Perkhemahan Agung Bulan Sabit Merah Cabang Kota Bharu yang bertempat di Kem Kijang. Sebanyak 21 buah Sekolah Menengah dan 8 buah Sekolah Rendah dalam PPD Kota Bharu.


Sesi Perbincangan pegawai Cabang


Pemasangan Khemah

PERKHEMAHAN PERDANA PBSMM 2008 KELANTAN

Kok Keli, Tumpat - 2HB - 3HB JULAI 2008 telah berlangsung perkhemahan perdana 2008.. seramai 831 peserta dr pelbagai jajahan telah menyertai perkhemhan ini. Banyak acara yang dipertandingkan iaitu kawad kaki, pertolongan cemas, memasak, lari berhalangan, pesembahan UUKA, reka cipta & banyak lagi...




senaman pagi..................






pocho-pocho..... 2kiri, 2kanan, 3blakang, step.. step.. step..





acara pemasangan "field clinic" - Penat Oiiii.....




Pemeriksaan pakaian - pertandingan kawad kaki.....


ceramah pengurusan pasukan - oleh : En Misnan dari IPK




pesembahan malam kebudayaan.....




muka-muka fesi yg dikatogorikan PAKSERELA.......




majlis suai kenal....




Keberangkatan YAM Tg Amalin A'ishah Putri ke Kem Kok Keli......

PERKHEMAHAN MAAHAD AMIR INDERA PETRA





Tarikh: 22hb Mei - 24hb Mei 2008

Tempat: Latar Belatan, Terengganu

Penyertaan: 170 orang


PBSM Maahad Amir Indera Petra, Bachok telah mengadakan Pekhemahan tahunan PBSM Sekolah. Tujuan utama Perkhemahan ini memberi pendedahan dan Ilmu Pertolongan Cemas kepada ahli baru sekolah tersebut.


selain itu juga menguji ketahan dari segi fizikal dan mental peserta dalam menjalani perkhemahan selama 3hari 2 malam di kawasan yang dikelilingi hutan belantara.


Gambar terpilih