PERKHEMAHAN PERDANA 2011
Tarikh : 27hb April - 30hb April 2011
Tempat: Kem Latihan BSMM, Kandis, Bachok
Penyertaan: 1,897 orang Pelajar dari SM dan SK
Pegawai: 200 orang
Sekali lagi BSM Kelantan berjaya menganjurkan Perkhemahan Perdana 2011 dengan penyertaan yang ramai. Buat pertama kalinya BSM Kelantan melaksanakan perkemahan di tempat sendiri iaitu di Kem Latihan BSMm Kandis, Bachok yang berkeluasan 10 ekar. TERIMA KASIH Kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Tanah Daerah Bachok atas pemerian tanah tersebut.
walaupun banyak dugaan dan rintangan yang dilalui oleh BSM Kelantan dalam melaksanakan perkhemahan tersebut, berkat kesabaran dan usaha Jawatankuasa BSM Kelantan dan Sekretariat dalam memastikan semua dapat dapat dilaksanakan akhirnya membuahkan hasil apabila menerima kunjungan pertama seramai 1897 orang peserta. ini adalah suatu diluar jangkaan BSM Kelantan.
pada tahun ini juga Yayasan Islam Kelantan telah muncul Kontingen Terbaik dan Belia Lelaki dan Perempuan Terbaik dalam perkhemahan tersebut. Syabas dan Tahniah kepada YIK kerana telah berusaha keras dalam memastikan kejayaan dan kemenangan milik mereka.
semoga SUKBEL 2011 nanti mendapat sambutan yang baik daripada Pelajar yang berumur 15 - 25 tahun yang akan berlangsung pada 28hb - 3hb Jun 2011 di tempat yang sama.
Kekalkan Kejuaraan Kontingen Kelantan selama 4 tahun berturut-turut .....

Sukan Peringkat PPD Tumpat, Komplek Sukan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu (4 Petugas Kecemasan)
Antara Gambar yang sempat diambil ketika Sukan Peringkat PPD Tumpat bertempat Di Kompleks Sukan Wakaf Mek Zainab pada 7,8 dan 9 Mac 2011.. Seramai 4 orang anggota PBS Negeri Kelantan dibantu oleh 10 orang ahli PBSM Sekolah daerah PPD Tumpat..
GOTONG ROYONG TAPAK KEM LATIHAN BSMM
Tarikh: 4hb Mac 2011
masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Tapak Kem Latihan BSMM, Kandis, BAchok
Penyertaan : 40 orang Sukarelawan
masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Tapak Kem Latihan BSMM, Kandis, BAchok
Penyertaan : 40 orang Sukarelawan
Kursus Pertolongan Cemas Asas & CPR untuk Latihan Bersepadu PBS
Kursus ini telah diadakan pada 24 - 25 Februari 2011 bertempat di Pusat Latihan BSM Kelantan. Kursus ini telah melibatkan 34 orang Peserta yang mana tersidi dari kalangan ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Negeri Kelantan. Peserta telah diajar berkaitan Pertolongan Cemas, Pendarahan, Patah tulang dan lain-lain. Peserta juga telah diajar dengan usungan, balutan dan CPR (Praktikal). Diakhir kursus peserta diuji dengan Ujian Teori serta ujian praktikal. Seramai 4 orang Fasilitator telah membantu menjayakan kursus ini.
Latihan bersepadu Pasukan Bantuan Sukarela Negeri Kelantan
Latihan bersepadu Pasukan Bantuan Sukarela Negeri Kelantan... Setiap hari Jumaat (bermula 28 Jan 2011) Jam 3 -5 Petang, Tempat : Perkarangan Ibu Pejabat Cawangan Bulan Sabit Merah Kelantan.. Sebarang Pertanyaan sila Hubungi EN IKHWAN - 013 2119041
Mana-mana Ahli BSMM atau bukan Ahli BSMM yang berminat untuk menghadiri Latihan ini amatlah dialu-alukan....
Kursus Ulangkaji Jurulatih BSM Kelantan Pada 14 - 15 Januari 2011
Kursus Ulangkaji Jurulatih telah diadakan pada 14hb - 15hb Januari 2011 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.. seramai 20 orang jurulatih BSM Kelantan telah hadir dibantu oleh 3 orang Jurulatih dari Ibu Pejabat Kebangsaan. Diakhir kursus peserta telah menjalani ujian teori selama 1 jam diikuti oleh ujian Praktikal Balutan dan CPR.
Langgan:
Ulasan (Atom)