Sukan Peringkat PPD Tumpat, Komplek Sukan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu (4 Petugas Kecemasan)





Antara Gambar yang sempat diambil ketika Sukan Peringkat PPD Tumpat bertempat Di Kompleks Sukan Wakaf Mek Zainab pada 7,8 dan 9 Mac 2011.. Seramai 4 orang anggota PBS Negeri Kelantan dibantu oleh 10 orang ahli PBSM Sekolah daerah PPD Tumpat..

GOTONG ROYONG TAPAK KEM LATIHAN BSMM

Tarikh: 4hb Mac 2011
masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Tapak Kem Latihan BSMM, Kandis, BAchok
Penyertaan : 40 orang Sukarelawan







Kursus Pertolongan Cemas Asas & CPR untuk Latihan Bersepadu PBS






Kursus ini telah diadakan pada 24 - 25 Februari 2011 bertempat di Pusat Latihan BSM Kelantan. Kursus ini telah melibatkan 34 orang Peserta yang mana tersidi dari kalangan ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Negeri Kelantan. Peserta telah diajar berkaitan Pertolongan Cemas, Pendarahan, Patah tulang dan lain-lain. Peserta juga telah diajar dengan usungan, balutan dan CPR (Praktikal). Diakhir kursus peserta diuji dengan Ujian Teori serta ujian praktikal. Seramai 4 orang Fasilitator telah membantu menjayakan kursus ini.


Latihan bersepadu Pasukan Bantuan Sukarela Negeri Kelantan

Latihan bersepadu Pasukan Bantuan Sukarela Negeri Kelantan... Setiap hari Jumaat (bermula 28 Jan 2011) Jam 3 -5 Petang, Tempat : Perkarangan Ibu Pejabat Cawangan Bulan Sabit Merah Kelantan.. Sebarang Pertanyaan sila Hubungi EN IKHWAN - 013 2119041

Mana-mana Ahli BSMM atau bukan Ahli BSMM yang berminat untuk menghadiri Latihan ini amatlah dialu-alukan....


BORANG KEAHLIAN

YURAN KEAHLIAN : RM 2.00 SETAHUN
BAYAR UNTUK 5 TAHUN : RM 10.00
STIKER KEAHLIAN : RM 5.00


KEJOHANAN BOLING 2011 FASA 1


Kursus Ulangkaji Jurulatih BSM Kelantan Pada 14 - 15 Januari 2011






Kursus Ulangkaji Jurulatih telah diadakan pada 14hb - 15hb Januari 2011 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.. seramai 20 orang jurulatih BSM Kelantan telah hadir dibantu oleh 3 orang Jurulatih dari Ibu Pejabat Kebangsaan. Diakhir kursus peserta telah menjalani ujian teori selama 1 jam diikuti oleh ujian Praktikal Balutan dan CPR.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BSMM KEPADA MANGSA BANJIR

Tarikh : 12hb Jan 2011
Tempat : Sek. Keb. Geting, Tumpat : 161 keluarga
: Sek. Keb. Peng. Kubur 2, Tumpat : 107 Keluarga

Tanggal 6hb Januari 2011, Banjir telah melanda Negeri Kelantan dan telah mengakibatkan 6 Jajahan terjejas teruk melibatkan lebih 3500 orang mangsa terpaksa berpindah dan menghuni di Pusat Pemindahan Banjir buat sementara waktu. Peralatan Memasak telah dihantar ke beberapa lokasi utama Pusat Pemindahan bagi memberi bantuan memasak kepada mangsa banjir. BSM Kelantan amat perihatin dengan mangsa banjir. pada 12hb Jan 2011 rombongan BSM Kelantan yang disertai oleh YM. Tuan Ghazali Tuan Long Naib Pengerusi 2, YM. Tuan Harun Bin Tuan Yahya Pengarah, Hj. Ab. Aziz Ab. Rahman Setiausaha Kehormat serta beberapa orang sukarelawan turut sama ke 2 buah sekolah untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Sumbangan ini telah di taja oleh syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang dan diberikan melalui Bulan Sabit Merah Malaysia bagi meringankan beban mangsa bencana.
seramai 161 keluarga dari sek. Keb. Geting dan 107 keluarga dari SEk. Keb. Peng. Kubor 2 telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB. Datuk Hj. Noor Zahidi Bin Hj. Omar, Adun Pengkalan Kubor. Sumbangan juga turut disampaikan oleh YM. Tuan Ghazali Tuan Long, Naib Pengerusi 2 Bulan Sabit Merah Kelantan dan YM. Tuan Harun Bin Tuan Yahya Pengarah Bulan Sabit Merah Kelantan.









Gambar terpilih