PETUGAS BENCANA KEBAKARAN DI BALAI BOMBA PENGKALAN CHEPA



Pasukan Bantuan Sukarela mula bertugas pada 21hb Januari 2010 di Balai Bomba Pengkalan Chepa. tugas BSM Kelantan adalah menyediakan makanan kepada petugas Bombo dan Penyelamat yang bertugas memadam kebakaran di Pusat Pelupusan sampah Teluk Kintang, Sabak. Seramai 15 orang ahli PBS memberi sumbangan tenaga yang diketuai oleh En. Mazlan Mahmood (Komandan PBS Unit 1) ketua memasak. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli PBS yang terlibat dan bertungkus lumus menyediakan makanan kepada petugas.

SINAR HARIAN 24/01/2010

PROGRAM MAKANAN PERCUMA

Tarikh : Setiap hari Ahad dan Khamis (Bermula 14hb Januari 2010)

Masa : 12.30 tgh hingga 2.00 ptg

Tempat : Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan

Terbuka kepada semua individu yang kurang mampu yang berada sekitar bandar Kota Bharu. Program ini ditaja oleh individu iaitu Dr. Hj. Wan Azhar (Pengerusi BSM Kelantan) dan Dato' Amanullah (Executive Chairman) Systematic Conglomerate Sdn. Bhd.

Sehubungan dengan itu kepada individu atau syarikat swasta yang ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan lagi program ini bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan di talian 09-7435504 (Pejabat).

"BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS 09/10

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Pertolongan Cemas Asas dan Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia yang akan diadakan bagaimana berikut:

Tarikh: 25hb dan 26hb Disember 2009
Masa : 0800 - 1800hr
Tempat: Ibu Pejabat Cawangan Bulan Sabit Merah Kelantan
Bayaran : RM 15.00 seorang
Pendaftaran : Jam 0800hr (terbuka kepada semua ahli PBS yang berumur 18 tahun ke atas)
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat sijil pertolongan cemas boleh lah mengikuti kursus tersebut kerana pada hari terakhir peperiksaan akan diajalankan. sila hubungi En. Rudy di talian 012 - 9605982 untuk pendaftaran awal.
sekian .... 9W2IDY

Taklimat Emergency Communication


9W2SYD memberi taklimat





Para peserta memberi perhatian semasa taklimat tersebut....

pada 14 November 2009, Jam 0930H, bilik taklimat ibu Pej. Bsmm Cawangan Kelantan.
Telah Diadakan taklimat berkenaan emergency communication yang telah disampaikan oleh En Syaidina (9W2SDY). seramai 15 ahli ART Bsmm telah hadir pada taklimat tersebut.
taklimat ini berkaitan dengan perhubungan semasa kecemasan semasa bencana. taklimat ini diadakan sebagai persiapan banjir gelombang kedua kelantan.

BERTUGAS DI SEK. KEB. GELANG MAS, PASIR MAS






Seramai 5 orang Ahli PBS Unit Pasir Mas bertugas mengendalikan Dapur Bergerak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mangsa-mangsa banjir.

STANDBY BANJIR 2009/2010

Kepada semua sukarelawan Bulan Sabit Merah Kelantan, anda dikehendaki melapor diri di Ibu pejabat BSM Kelantan untuk standy banjir bagi tahun 2009/2010. juga kepada mereka yang berminat boleh hadir ke IPC untuk mendaftarkan diri sebagai ahli BSMM.

Bersama-samalah kita "membantu demi kemanusiaan".

Suntikan Viksin H1N1

Seramai 16 orang pegawai dan ahli BSM Kelantan telah diberi suntikan vaksin H1Ni pada 26 September 2009 yang lalu. Bekalan viksin telah disediakan dengan percuma oleh Pejabat Kesihatan Kota Bharu. Suntikan ini penting memandangkan anggota-anggota BSM sering kali berhadapan dengan masyarakat setempat sama ada masa kecemasan khususnya banjir atau masa aman. BSM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Kota Bharu atas kerjasama dan keperihatinan beliau.

Larian Kemanusiaan 2009

BSM Kelantan akan mengadakan larian kemanusiaan 2009, PADA 17HB OKTOBER 2009, bertempat di padang perdana, kota bharu, kelantan... Kepada semua ahli pasukan bantuan sukarela (PBS) Kelantan diharap dapat keluar memberi tenaga kepada program ini... Program ini adalah kerjasama dari MPKB-bri, IPD Kota Bharu, ARKb dan kepada yang terlibat secara tidak langsung.. diharap program berjalan dengan lancar.... sekian..

Gambar terpilih