Kursus Ulangkaji Jurulatih BSM Kelantan Pada 14 - 15 Januari 2011
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BSMM KEPADA MANGSA BANJIR
: Sek. Keb. Peng. Kubur 2, Tumpat : 107 Keluarga
Tanggal 6hb Januari 2011, Banjir telah melanda Negeri Kelantan dan telah mengakibatkan 6 Jajahan terjejas teruk melibatkan lebih 3500 orang mangsa terpaksa berpindah dan menghuni di Pusat Pemindahan Banjir buat sementara waktu. Peralatan Memasak telah dihantar ke beberapa lokasi utama Pusat Pemindahan bagi memberi bantuan memasak kepada mangsa banjir. BSM Kelantan amat perihatin dengan mangsa banjir. pada 12hb Jan 2011 rombongan BSM Kelantan yang disertai oleh YM. Tuan Ghazali Tuan Long Naib Pengerusi 2, YM. Tuan Harun Bin Tuan Yahya Pengarah, Hj. Ab. Aziz Ab. Rahman Setiausaha Kehormat serta beberapa orang sukarelawan turut sama ke 2 buah sekolah untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Sumbangan ini telah di taja oleh syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang dan diberikan melalui Bulan Sabit Merah Malaysia bagi meringankan beban mangsa bencana.
seramai 161 keluarga dari sek. Keb. Geting dan 107 keluarga dari SEk. Keb. Peng. Kubor 2 telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB. Datuk Hj. Noor Zahidi Bin Hj. Omar, Adun Pengkalan Kubor. Sumbangan juga turut disampaikan oleh YM. Tuan Ghazali Tuan Long, Naib Pengerusi 2 Bulan Sabit Merah Kelantan dan YM. Tuan Harun Bin Tuan Yahya Pengarah Bulan Sabit Merah Kelantan.
KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2010
Tempat : Kelantan - Perak - Kelantan
Penyertaan: 70 orang
Anjuran : BSM Kelantan
: Rakan-Rakan Radio Amatur Kelantan
BSM Kelantan dengan kerjasama rakan-rakan radio amatur kelantan telah berjaya menganjurkan Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih 2010 ke 2 buah rumah anak-anak yatim negeri perak. Program ini mendapat kerjasama yang baik terutama BSM cawangan Perak yang menyediakan penginapan, makan tengahari dan segala urusan pergerakan di negeri perak.
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kembara ini..
FORUM BELIA KEBANGSAAN 2010, NUR LEMBAH PANSUNG, SELANGOR, 28 - 30 OKTOBER 2010
Kontigen Kelantan Menghantar 33 orang Peserta pada Forum tersebut
Laporan Aktiviti
Khamis 28 Oktober 2010
Para peserta yang akan menyertai forum ini berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Kebangsaan di Jalan Nipah, Ampang sebelum dibawa menuju ke destinasi iaitu Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.
Sampai sahaja di kawasan berkenaan, pada peserta diberi sedikit taklimat berkenaan tempat tinggal dan kawasan berkumpul setiap aktiviti. Fail dan nota berkenaan program ini turut diagihkan kepada para peserta. Selesai sahaja taklimat, sesi Suaikenal diadakan berhampiran kawasan lapang di sebelah sebatang sungai disana.
Selesai sahaja aktiviti berkenaan, kami menuju ke dewan terbuka kerana ada taklimat berkenaan aktiviti sepanjang program yang disampaikan oleh Tuan Syah.
Aktiviti sebelah malam telah diadakan sejurus selepas solat isyak dan taklimat disambung dari petang tadi. Taklimat berkenaan disiplin semasa aktiviti ini ditekankan oleh Encik Azmi Tajuddin dan para peserta diminta agar mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.
Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini kerana pada keesokan harinya, ada lagi peserta dari Kelantan akan tiba.
Jumaat 29 Oktober 2010
Aktiviti pagi ini adalah lebih berkenaan jatidiri kepada para peserta. Aktivit lain yang diadakan adalah seperti permainan yang menekankan kerjasama bersama dalam satu kumpulan yang besar. Aktiviti ini tamat pada tengahari dan peserta dilepaskan untuk membuat aktivit yang lain dan bersiap untuk Solat Jumaat.
Aktiviti pada sebelah petang sejurus selesai menunaikanSolat Fardhu Jumaat adalah Komunikasi Kecemasan dan memanjat tembok tiruan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki berkumpul dalam satu barisan dan pengagihan kumpulan diadakan. Melalui ini, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu satu di bahagian Radio Kecemasan dan satu kumpulan lagi untuk aktiviti memanjat tembok tiruan.
Melalui slot Radio Kecemasan, para peserta didedahkan dengan alatan radio komunikasi seperti handy dan rig. Tenaga pengajar yang membantu slot ini ialah Encik Ali Paat (9W2GOD), Encik Abdul Rasid Ahmad Sidek (9M2YRS), Encik LT.(B) Khairul Annuar (9W2XLT) dan beberapa orang yang lain lagi. Aktiviti yang dijalankan di dalam slot ini adalah seperti Pengenalan Kepada Radio Amatur, Penggunaan Radio Amatur, 2 Meter Band, UHF dan lain-lain lagi.
Aktiviti memanjat tembok tiruan yang terletak berhampiran pintu masuk ke kwasan ini diadakan kira-kira sejam selepas aktiviti pertama. Menerusi aktiviti ini, peserta boleh menguji kekuatan fizikal dan mental masing-masing. Sebelum peserta memanjat tembok, keselamatan amat dititik beratkan seperti memakai topi keselamatan dan harnest.
Aktiviti seterusnya adalah Keselamatan Di Dalam Air yang disampaikan oleh Encik Azmi Tajuddin. Para peserta dikehendaki berendam di dalam kolam yang terletak berhampiran aktiviti sebelum ini,memanjat tembok tiruan. Pendedahan tentang keselamatan ini amat perlu kepada semua peserta apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di air.
Aktiviti seterusnya diadakan pada sebelah malam ini turut disertai oleh Dato’ Dr Hj Wan Azhar Bin Wan Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Kata-kata motivasi diberikan kepada para peserta forum ini. Pada malam ini, bengkel yang berkaitan dengan belia di dalam persatuan di adakan dan peserta dikumpulkan di dalam beberapa kumpulan. Tugasan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini berbeza mengikut tugasan dan dibentangkan.
Sabtu 30 Oktober 2010
Pada pagi ini telah diadakan satu Kuliah Subuh kepada peserta Muslim forum belia ini. Penceramah didatangkan khas dari masjid berhampiran oleh jawatankuasa penganjur. Pembentangan terakhir kumpulan telah diadakan. Melalui pembentangan ini, para peserta berkongsi pendapat berhubung beberapa topik yang diberikan kepada setiap kumpulan.
Selesai sahaja pembentangan, sesi luahan rasa dan pendapat telah diadakan. Ianya memberi peluang kepada peserta untuk meluahkan perasaan mereka sepanjang aktiviti ini berlangsung. Selain itu, harapan mereka terhadap perkembangan persatuan pada masa akan datang.
Penghargaan
Dato’ Dr Hj Wan Azhar B Wan Ali
Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan
Semua Staf Ibu Pejabat Kebangsaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
Semua Staf Ibu Pejabat Cawangan Kelantan
YOUTH SUMMIT 2010, AJLOUN, JORDAN - 8,-18 OKTOBER 2010





Youth Summit 2010, Jordan telah diadakan pada 8 - 18 Oktober 2010 bertempat di Ajloun, Jordan. Asia Pacific Youth Network dan MENA Youth Network telah berkerjasama untuk menjayakan Youth Summit 2010. Peserta telah diberikan Latihan berkaitan Modul YABC (Youth As Agent Behavioral Change ) dan telah ditauliahkan sebagai PEER Educator untuk Modul YABC ini.
Perwakilan Malaysia : En Lee Sze Yaw ( IPK ) dan En Mohd Ikhwan Mukhetar ( Kelantan )
KARNIVAL KESIHATAN UMK
LATIHAN BANTUAN OPERASI BENCANA & MENYELAMAT - IPGM SULTAN MIZAN, BESUT
Latihan ini telah diadakan pada 2 Oktober 2010 (Sabtu). Seramai 30 orang peserta telah menghadiri Latihan ini dibantu oleh 3 orang Jurulatih BSM Kelantan. Peserta telah dibahagi kepada 3 Skill Station iaitu Patah Anggota Atas, Patah Anggota Bawah dan Usungan. Peserta juga diberi taklimat tentang MKN 20 berkaitan dengan Bencana. Diakhir Latihan Peserta didedahkan dengan Simulasi Bencana dan Pecahan Zon Triage.
SEKITAR KURSUS PCA & CPR
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : IPC BSM Kelantan
Penyertaan : 32 orang ahli PBS
"Setiap saat adalah penting"












