KEJOHANAN BOWLING INDIVIDU BSM KELANTAN 2010

Kejohanan boling berjalan dengan lancar pada 27hb Feb. 2010 bermula jam 9.00 malam disertai oleh seramai 32 orang bagi kategori lelaki dan 4 orang bagi kategori wanita. Johan kategori lelaki ialah dimenangi oleh Muhamad Kharudi Ab. Rashid dengan 479 jatuhan pin. manakala kategori wanita pula dimenangi oleh Widad dengan 372 jatuhan pin.

GOTONG ROYONG PERDANA, TAMAN DESA WANGI PASIR TUMBUH

Seramai 15 orang Ahli Pasukan Bantuan Sukarela PBS BSM Kelantan turut terlibat sama dalam gotong royong perdana di Taman Desa Wangi Pasir Tumbuh. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini perlu disemai dalam diri seorang sukarelawan supaya dapat membantu masyarakat dalam apa jua keadaan.



KURSUS PERTOLONGAN CERMAS ASAS & CPR (BUKAN AHLI)

Tarikh : 21hb - 23hb Februari 2010
Tempat : Pusat Ko-kurikulum Besut, Terengganu

Seramai 23 orang guru telah menjalani kursus PCA & CPR Anjuran Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu. Bulan Sabit Merah Kelantan telah diberi kepercayaan untuk menjayakan program tersebut.









ASIA PACIFIC YOUTH NETWORK MEETING 2010

Tarikh : 11hb - 14hb Februari 2010

Tempat : Lanson Place, Kuala Lumpur
Seramai 13 perwakilan negara seluruh Asia dan Pacific telah menyertai APYN 2010 yang bertempat di Hotel terkemuka di Kuala Lumpur anjuran IFRC zon asia pacific. Negara Malaysia diwakili oleh En. Mohd Ikhwan Bin Mukhetar, Pegawai Pembangunan Organisasi Bulan Sabit Merah Kelantan.




PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS & CPR

Tarikh : 10 - 11hb Februari 2010
Tempat : Kem BTN Meru, Klang

Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada Jurulatih BTN seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah mengambil Peperiksaan Pengenalan Pertolongan Cemas dan CPR. Bulan Sabit Merah Kelantan telah dipilih untuk mengendalikan kursus tersebut.



KEMPEN DERMA DARAH & KEM KESIHATAN







Pasukan Bantuan sukarela PBS Unit 8 (Pusat Rawatan Komuniti) telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Kem Kesihatan di Kg. Gong Ketereh, Tok Belian Tawang Bachok pada 6hb Feb. 2010. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dihadiri oleh penduduk setempat dan jemputan luar. Antara yang membantu Hospital Universiti Sains Malaysia, Kolej Masterskill, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) dan Kolej Polytech Mara (KPTM). Pada hari tersebut lebih 70 orang telah menderma darah. Tahniah diucapkan kepada PBS unit 8 danYBhg. Dr. Seri Buana Zainudin yang telah berjaya menganjurkan program ini.

MELAWAT AHLI


Setiausaha Kehormat bersama pegawai BSM Kelantan telah meluangkan masa melawat Cikgu Yuganu (9W2YYG) yang terlantar di rumah akibat kemalangan jalan raya.


Mohd Hanif Ishak (9W2OBA) Pen. Komandan PBS Unit 19 (Pasir Puteh) telah dimasukkan ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh kerana mengalami sakit pada bahagian perut. Bagaimanapun beliau berada dalam keadaan stabil.
Diharap kedua-dua rakan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.

PETUGAS BENCANA KEBAKARAN DI BALAI BOMBA PENGKALAN CHEPA



Pasukan Bantuan Sukarela mula bertugas pada 21hb Januari 2010 di Balai Bomba Pengkalan Chepa. tugas BSM Kelantan adalah menyediakan makanan kepada petugas Bombo dan Penyelamat yang bertugas memadam kebakaran di Pusat Pelupusan sampah Teluk Kintang, Sabak. Seramai 15 orang ahli PBS memberi sumbangan tenaga yang diketuai oleh En. Mazlan Mahmood (Komandan PBS Unit 1) ketua memasak. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli PBS yang terlibat dan bertungkus lumus menyediakan makanan kepada petugas.

SINAR HARIAN 24/01/2010

PROGRAM MAKANAN PERCUMA

Tarikh : Setiap hari Ahad dan Khamis (Bermula 14hb Januari 2010)

Masa : 12.30 tgh hingga 2.00 ptg

Tempat : Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan

Terbuka kepada semua individu yang kurang mampu yang berada sekitar bandar Kota Bharu. Program ini ditaja oleh individu iaitu Dr. Hj. Wan Azhar (Pengerusi BSM Kelantan) dan Dato' Amanullah (Executive Chairman) Systematic Conglomerate Sdn. Bhd.

Sehubungan dengan itu kepada individu atau syarikat swasta yang ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan lagi program ini bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan di talian 09-7435504 (Pejabat).

"BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"

Gambar terpilih