LATIHAMAL BENCANA 2010, SINTOK, KEDAH

video







Pada 15hb hingga 17hb April 2010, wakil-wakil Bulan Sabit Merah Malaysia dari seluruh cawangan telah berkumpul di Kem PLKN UUM, Sintok Kedah bagi menjalani latiamal bencana peringkat zon utara bagi tahun 2010. BSMM Cawangan Kelantan telah menghantar wakil seramai 5 orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Ab. Aziz Ab. Rahman, Pengerusi Bencana Negeri Kelantan, En. Ab. Hafiz Bin Ab. Rahman, Pengerusi Bencana Cabang Pasir Mas/Tumpat, En. Norudin Bin Yaacob, Jurulatih Cawangan, En. Mazlan Bin Mahmood, Pengerusi Bencana Kota Bharu dan En. Muhamad Kharudi Ab. Rashid, Pegawai Tadbir dan Operasi.
Pada Hari Akhir latihan ini diadakan simulasi bencana di Kg. Tradisi, Sintok, Kedah yang disaksikan oleh penduduk kampung serta dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mua'dzam Shah pada jam 3 petang. Simulasi ini bertujuan bagi mendedahkan kepada masyarakat tentang persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang melanda. Latihamal ini juga mendapat sokongan daripada beberapa agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi lain.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya melaksanakan Latihamal 2010 bertempat di Sintok, Kedah. Jumpa lagi untuk program akan datang.....

Gambar terpilih