LAWATAN KEMANUSIAAN BULAN SABIT MERAH CABANG RAUB, PAHANG









Bulan Sabit Merah Kelantan telah dipilih sebagai destinasi lawatan BSM Cabang Raub pada 14hb Mac 2010 jam 10.00 pagi. lawatan ini disertai seramai 40 orang pelajar dan 4 pegawai pengiring yang diketuai oleh Tuan Yunazri Tuan Tahya. Antara aktviti yang dilaksanakan ialah penerangan berkenaan aktiviti BSM Kelantan, penerangan aktviti BSM Cabang Raub, Sesi Soal Jawab dan akhir sekali taklimat Komunikasi semasa kecemasan "Emcom" yang disampaikan oleh Mohd Zaki (wakil ARKB).

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dr. Hj. Wan Azhar Wan Ali, Pengerusi BSM Kelantan dan turut menyampaikan amanat kepada peserta lawatan. semoga segala harapan dan nasihat daripada beliau diambil iktibar dan dijadikan teras dalam memajukan lagi diri serta Bulan Sabit Merah Malaysia.

Gambar terpilih