MINIT MESYUARAT PASUKAN BANTUAN SUKARELA 1/2010

AGENDA 1 : KATA ALUAN PENGERUSI MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PASUKAN BANTUAN SUKARELA 1/2010

TARIKH : 18 JANUARI 2010

MASA : 3.00 PETANG


Hadir :


  1. YBrs. En. Yunus Bin Mat Ali - Naib Pengerusi I (Pengerusi Mesyuarat)
  2. YM. Tuan Ghazali Bin Tuan Long - Naib Pengerusi II
  3. YBrs. En. Mazelan Bin Mohd Zain - Penolong Pengarah PBS
  4. YBrs. Tuan Hj. Ab.Aziz Ab. Rahman - Setiausaha Kehormat
  5. YBrs. En. Hanafi Salleh - Pegawai Penyelaras Pasir Mas/Tumpat
  6. YBrs. En. Mazlan Mahmood - Komandan PBS Unit 1
  7. YBrs.En. Tan Peri Tan Sulong - Komandan PBS Unit 8
  8. YBrs. En. Hj. Ismail Ab. Rahman - Komandan PBS Unit 12
  9. YBrs. Nik Mohd Mustakim B. Yusoff - Pen. Komandan PBS Unit 3
  10. YBrs. En. Mohd Hanif Ishak - Pen. Komandan PBS Unit 19
  11. YBrs. Pn. Siti Zainab Ibrahim - Kuartermaster PBS Unit 12
  12. YBrs. En. Mohd Fauzi Bin Hashim - Kuartermaster PBS Unit 15
  13. YBrs. En. Muhd Hafizi Abd. Kadir - Kuartermaster PBS Unit 19
  14. YBrs. Cik Noor Atirah Abdullah - Wakil PBS Unit 6
  15. YBrs. En. Mohd Firdaus Zakaria - Wakil PBS Unit 9
  16. YBrs. En. Mohd Khuzairy Mohd Jahudi - Wakil PBS Unit 11
  17. YBrs. En. Mohd Zairul Hakimy Azlan - Wakil PBS Unit 11
  18. YBrs. En. Mohd Asri Jusoh - Wakil PBS Unit 12
  19. YBrs. En. Burhanudin Bin Razak - Wakil PBS Unit 17


Turut hadir :


  1. YBrs. En. Abd. Aziz Mohd Ali - Jurulatih Cawangan
  2. YBrs. En. Rosli Abdullah - O/C Latihan Cabang PM/Tumpat

AGENDA 1

  • Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan dipengerusikan oleh YBrs. En. Yunus Mat Ali (Naib Pengerusi 1).
  1. Pengerusi mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan wakil PBS yang hadir pada mesyuarat kali pertama bagi tahun 2010.
  2. Harapan semoga pada tahun 2010 PBS akan lebih aktif dan terus maju.


AGENDA 2 : LAPORAN AKTIVITI PBS TAHUN 2009


  1. Unit 1 melaporkan telah mengadakan kelas kepada ahli baru pada bulan Julai 2009 dan disertai seramai 30 orang.
  2. Unit 17 melaporkan telah mengadakan demonstrasi menyelamat kebakaran dengan penglibatan ahli PBS dan dibantu oleh Pihak BOMBA.
  3. Unit 17 juga telah mengadakan Kempen Derma Darah disertai oleh 80 orang dengan kerjasama Hospital Kuala Krai. Kursus Ulangkaji PCA telah dibuat pada bulan Mac 2009.
  4. Unit 11 melaporkan tidak mengadakan sebarang aktiviti tetapi terlibat secara langsung bertugas di pusat pemindahan banjir Sek. Keb. Gelang Mas dan Gual tinggi.
  5. Unit 8 telah menghantar laporan lengkap 2009 kepada cawangan. Sebanyak 9 aktiviti telah diadakan pada tahun tersebut.
  6. Unit 19 melaporkan telah mengadakan latihan bencana pada bulan jun 2009, penglibatan seramai 40 orang bertempat di Tok Wan Chalet, Bachok. Program tersebut dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras PBS Cawangan.
  7. Selain itu PBS Unit 19 terlibat dengan bertugas di pusat pemindahan banjir.
  8. Unit 12 telah melaksanakan 5 aktiviti pada tahun 2009 dan telah menghantar laporan kepada cawangan untuk dimasukkan ke dalam laporan tahunan 2009.


AGENDA 3 : PERANCANGAN AKTIVITI 2010


  1. Hanya dua Unit PBS sahaja yang menghantar perancangan aktiviti 2010 iaitu Unit 8 dan Unit 12.
  2. Perancangan Aktiviti Cawangan telah dibentangkan oleh Hj. Ab. Aziz Ab. Rahman. (rujuk perancangan aktiviti 2010)
  3. Perancangan pada bulan januari akan menghantar dua orang ahli PBS ke IPK untuk latihan Paramedik.

    Tindakan : semua PBS ambil maklum


  4. Taklimat Penubuhan Cabang baru Institut Perguruan Kota Bharu pada bulan Februari.


Tindakan : Sekretariat


  1. Pertandingan Pertolongan Cemas dan CPR akan diadakan di IPC pada bulan Februari sebagai langkah menghadapi pertandingan PCA peringkat kebangsaan.
  2. Setiap unit perlu menghantar 6 orang untuk pertandingan tersebut.


Tindakan : semua PBS ambil maklum


  1. Perkhemahan SUKBEL akan diadakan pada bulan April.
  2. RESPON: En. Mazelan Mohd Zain menyatakan peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri berkurangan dan sebarang aktiviti perlu menggunakan wang sekolah masing-masing. BSM perlu mencari jalan penyelesaian bagi mendapatkan pengangkutan untuk ke perkhemahan tersebut.


Tindakan : Sekretariat


  1. Penubuhan Rapid Deployment Squad (RDS) sepatutnya diwujudkan pada tahun 2009 namun Cawangan Kelantan masih lagi tidak mempunyai pasukan RDS. Semua PBS perlu menghantar nama untuk penubuhan RDS.


Tindakan : Sekretariat dan semua PBS


3.10 RESPON : En. Hanif Ishak berkenaan perancangan aktiviti 2010 agak baik tetapi tidak mempunyai latihan khas kepada ahli PBS untuk membolehkan ahli mendapatkan sijil. Cawangan perlu melaksanakan kelas dan peperiksaan.


Tindakan : Pen. Pengarah Latihan dan sekretariat


AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN


4.1 En. Mustakim memaklumkan pihak cawangan perlu mancari jalan penyelesaian bagi menarik kembali minat ahli PBS dan mendapatkan ahli baru supaya PBS tidak terus hambar.

  1. En. Mazlan Mahmood mohon penjelasan daripada pengerusi berkenaan geran yang diberikan kepada Unit PBS. Penjelasan telah diberikan oleh pengerusi menyatakan tidak ada geran khas kepada unit PBS tetapi berdasarkan program dan aktviti yang dijalankan oleh PBS dan permohonan mendapatkan peruntukan kewangan.
  2. En. Tan Peri Tan Sulong mencadangkan supaya perkhemahan perdana pada tahun ini diadakan di tempat yang lain. Penjelasan diberikan oleh Setiausaha Kehormat kos menjadi faktor kenapa perkhemahan perdana sentiasa dilaksanakan di Kem Kok Keli.


Tindakan : Pen. Pengarah Belia dan sekretariat


  1. En. Ab. Aziz Ali mencadangkan supaya setiap unit PBS perlu ada alat komunikasi dan mengambil peperiksaan Radio Amatur untuk memudahkan komunukasi antara pejabat dan unit.


Tindakan : Semua PBS ambil maklum


  1. En. Ismail Ab. Rahman mohon pihak cawangan memberi sokongan kepada PBS unit 12 untuk mendapatkan kembali pejabat Unit PBS di tanah merah. Pihak cawangan menyokong sepenuhnya. Komandan diminta memberi maklumat terperinci mengenai bangunan yang perlu di pohon sebagai pejabat unit 12 dan cawangan akan menulis surat kepada pihak yang berkenaan.


Tindakan : sekretariat




  1. En. Mohd Asri Jusoh memohon agar pihak cawangan mengeluarkan resit rasmi pelepasan cukai kepada pihak penderma yang memberi sumbangan kepada unit.
  2. YM. Tuan Ghazali Tuan Long menyokong penuh cadangan tersebut dan sekiranya Unit PBS yang mendapatkan derma tersebut. Unit PBS berhak menuntut seratus peratus daripada pihak cawangan.


Tindakan : sekretariat dan PBS ambil maklum

  1. En. Hanafi Salleh memberi cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan di peringkat unit dan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit 7 tumpat iaitu Badan Amal PBS 7 "Seuntai Kasih sekalung Budi". Program ini telah berjaya menarik minat orang ramai dan penderma.
  2. Naib Pengerusi II mencadangkan semua unit perlu mengadakan program seperti ini.


Tindakan : Semua PBS ambil maklum


  1. En. Zikri Mokhtar mohon pihak sekretariat memaklumkan kepada semua ahli berkenaan terima bertugas yang berbayar dan tidak berbayar supaya ahli tidak keliru berkenaan bayaran elaun.


Tindakan : Sekretariat





AGENDA : PENUTUP


  1. Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan ahli PBS yang hadir.
  2. Diharapkan mesyuarat pada kali ini dapat menyelsaikan masalah yang dihadapi oleh Unit PBS.
  3. Mesyuarat ditangguh pada jam 6.00 petang





Disediakan oleh :


Sekretariat

Bulan Sabit Merah Kelantan








Fail D/Minit mesyuarat/1/2010.

Gambar terpilih