KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2010

Tarikh : 4hb - 6hb November 2010
Tempat : Kelantan - Perak - Kelantan
Penyertaan: 70 orang
Anjuran : BSM Kelantan
: Rakan-Rakan Radio Amatur Kelantan

BSM Kelantan dengan kerjasama rakan-rakan radio amatur kelantan telah berjaya menganjurkan Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih 2010 ke 2 buah rumah anak-anak yatim negeri perak. Program ini mendapat kerjasama yang baik terutama BSM cawangan Perak yang menyediakan penginapan, makan tengahari dan segala urusan pergerakan di negeri perak.

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kembara ini..



FORUM BELIA KEBANGSAAN 2010, NUR LEMBAH PANSUNG, SELANGOR, 28 - 30 OKTOBER 2010



Kontigen Kelantan Menghantar 33 orang Peserta pada Forum tersebut


Laporan Aktiviti


Khamis 28 Oktober 2010

Para peserta yang akan menyertai forum ini berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Kebangsaan di Jalan Nipah, Ampang sebelum dibawa menuju ke destinasi iaitu Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Sampai sahaja di kawasan berkenaan, pada peserta diberi sedikit taklimat berkenaan tempat tinggal dan kawasan berkumpul setiap aktiviti. Fail dan nota berkenaan program ini turut diagihkan kepada para peserta. Selesai sahaja taklimat, sesi Suaikenal diadakan berhampiran kawasan lapang di sebelah sebatang sungai disana.

Selesai sahaja aktiviti berkenaan, kami menuju ke dewan terbuka kerana ada taklimat berkenaan aktiviti sepanjang program yang disampaikan oleh Tuan Syah.

Aktiviti sebelah malam telah diadakan sejurus selepas solat isyak dan taklimat disambung dari petang tadi. Taklimat berkenaan disiplin semasa aktiviti ini ditekankan oleh Encik Azmi Tajuddin dan para peserta diminta agar mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini kerana pada keesokan harinya, ada lagi peserta dari Kelantan akan tiba.

Jumaat 29 Oktober 2010

Aktiviti pagi ini adalah lebih berkenaan jatidiri kepada para peserta. Aktivit lain yang diadakan adalah seperti permainan yang menekankan kerjasama bersama dalam satu kumpulan yang besar. Aktiviti ini tamat pada tengahari dan peserta dilepaskan untuk membuat aktivit yang lain dan bersiap untuk Solat Jumaat.

Aktiviti pada sebelah petang sejurus selesai menunaikanSolat Fardhu Jumaat adalah Komunikasi Kecemasan dan memanjat tembok tiruan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki berkumpul dalam satu barisan dan pengagihan kumpulan diadakan. Melalui ini, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu satu di bahagian Radio Kecemasan dan satu kumpulan lagi untuk aktiviti memanjat tembok tiruan.

Melalui slot Radio Kecemasan, para peserta didedahkan dengan alatan radio komunikasi seperti handy dan rig. Tenaga pengajar yang membantu slot ini ialah Encik Ali Paat (9W2GOD), Encik Abdul Rasid Ahmad Sidek (9M2YRS), Encik LT.(B) Khairul Annuar (9W2XLT) dan beberapa orang yang lain lagi. Aktiviti yang dijalankan di dalam slot ini adalah seperti Pengenalan Kepada Radio Amatur, Penggunaan Radio Amatur, 2 Meter Band, UHF dan lain-lain lagi.

Aktiviti memanjat tembok tiruan yang terletak berhampiran pintu masuk ke kwasan ini diadakan kira-kira sejam selepas aktiviti pertama. Menerusi aktiviti ini, peserta boleh menguji kekuatan fizikal dan mental masing-masing. Sebelum peserta memanjat tembok, keselamatan amat dititik beratkan seperti memakai topi keselamatan dan harnest.

Aktiviti seterusnya adalah Keselamatan Di Dalam Air yang disampaikan oleh Encik Azmi Tajuddin. Para peserta dikehendaki berendam di dalam kolam yang terletak berhampiran aktiviti sebelum ini,memanjat tembok tiruan. Pendedahan tentang keselamatan ini amat perlu kepada semua peserta apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di air.

Aktiviti seterusnya diadakan pada sebelah malam ini turut disertai oleh Dato’ Dr Hj Wan Azhar Bin Wan Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Kata-kata motivasi diberikan kepada para peserta forum ini. Pada malam ini, bengkel yang berkaitan dengan belia di dalam persatuan di adakan dan peserta dikumpulkan di dalam beberapa kumpulan. Tugasan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini berbeza mengikut tugasan dan dibentangkan.

Sabtu 30 Oktober 2010

Pada pagi ini telah diadakan satu Kuliah Subuh kepada peserta Muslim forum belia ini. Penceramah didatangkan khas dari masjid berhampiran oleh jawatankuasa penganjur. Pembentangan terakhir kumpulan telah diadakan. Melalui pembentangan ini, para peserta berkongsi pendapat berhubung beberapa topik yang diberikan kepada setiap kumpulan.

Selesai sahaja pembentangan, sesi luahan rasa dan pendapat telah diadakan. Ianya memberi peluang kepada peserta untuk meluahkan perasaan mereka sepanjang aktiviti ini berlangsung. Selain itu, harapan mereka terhadap perkembangan persatuan pada masa akan datang.

Penghargaan

Dato’ Dr Hj Wan Azhar B Wan Ali

Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Semua Staf Ibu Pejabat Kebangsaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

Semua Staf Ibu Pejabat Cawangan Kelantan

YOUTH SUMMIT 2010, AJLOUN, JORDAN - 8,-18 OKTOBER 2010






Youth Summit 2010, Jordan telah diadakan pada 8 - 18 Oktober 2010 bertempat di Ajloun, Jordan. Asia Pacific Youth Network dan MENA Youth Network telah berkerjasama untuk menjayakan Youth Summit 2010. Peserta telah diberikan Latihan berkaitan Modul YABC (Youth As Agent Behavioral Change ) dan telah ditauliahkan sebagai PEER Educator untuk Modul YABC ini.

Perwakilan Malaysia : En Lee Sze Yaw ( IPK ) dan En Mohd Ikhwan Mukhetar ( Kelantan )





KARNIVAL KESIHATAN UMK

Tarikh : 14Hb Oktober 2010
Masa : 8.30 pagi - 3.30 petang
Anjuran : BSM Cabang IPT UMK
Antara program yang dianjurkan :

1. Pemeriksaan Gigi Percuma
2. Derma Darah
3. Pemeriksaan Kesihatan
4. Pameran LPPKN
5. Pameran AADK
6. Pameran Farmasi JKN
7. Cemarah kesihatan








LATIHAN BANTUAN OPERASI BENCANA & MENYELAMAT - IPGM SULTAN MIZAN, BESUT









Latihan ini telah diadakan pada 2 Oktober 2010 (Sabtu). Seramai 30 orang peserta telah menghadiri Latihan ini dibantu oleh 3 orang Jurulatih BSM Kelantan. Peserta telah dibahagi kepada 3 Skill Station iaitu Patah Anggota Atas, Patah Anggota Bawah dan Usungan. Peserta juga diberi taklimat tentang MKN 20 berkaitan dengan Bencana. Diakhir Latihan Peserta didedahkan dengan Simulasi Bencana dan Pecahan Zon Triage.

SEKITAR KURSUS PCA & CPR

Tarikh : 24hb & 25hb september 2010
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : IPC BSM Kelantan
Penyertaan : 32 orang ahli PBS


Kursus ini telah berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan peperiksaan teori serta amali CPR. semua ahli memberi komitmen 100%. semoga semangat sukarela ini dapat disemai dalam hati golongan remaja masa kini.
"Pelajari Ilmu Pertolongan Cemas"
"Setiap saat adalah penting"

PROGRAM PRIHATIN DAN KHIDMAT SOSIAL BSM KELANTAN







Tajuk : Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat
Masa : 5.45 petang - 8.00 malam
Tempat : Dewan SMK Ismail Petra, Kota Bharu

BSM Kelantan dengan kerjasama SMK Ismail Petra, Kota Bharu telah mengadakan majlis berbuka puasa dan peyampaian zakat kepada 250 orang yatim dan miskin yang dikenal pasti dari 6 buah sekolah sekitar kota bharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Wan Azhar Bin Wan Mohd Ali Pengerusi BSM Kelantan merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Kebangsaan BSMM.

Turut hadir :

YBhg. Datuk Dr. Nordin Bin Hj. Ab. Razak
Setiausaha Agung BSMM

YBhg. Datuk Rashidi Bin Hj. Mohd Noor
Timbalan Pengerusi BSM Johor

Wakil daripada Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM

YDP PIBG SMK Ismail Petra

jumlah keseluruhan penyertaan seramai 600 orang


KEJOHANAN BOLING MERDEKA ANJURAN BSM CABANG KOTA BHARU


Tarikh: 7hb Ogos 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat: Perdana Superbolw Sdn. Bhd.
Peyertaan : 50 orang

Bulan Sabit Merah Cabang Kota Bharu telah mengadakan kejohan boling merdeka sempena bulan kemerdekaan ini. kejohanan ini disertai oleh 50 orang pegawai cawangan, cabang dan sukarelawan BSM Kelantan. antara kategori yang dipertandingkan ialah:

Kategori Kumpulan
Kategori Individu Lelaki
Kategori Individu Wanita

semoga program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan sukarelawan serta dapat memperkukuhkan lagi BSM Kelantan.

Jumpa lagi pada kejohanan akan datang..

Kursus Pertolongan Cemas Asas Dan CPR - Maahad Muhammadi Perempuan


Tarikh : 30 - 31 Julai 2010

Tempat : Dewan Terbuka, SMU A MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

Jumlah Peserta : 50 Orang

Peserta diajar dengan teori pertolongan cemas, Praktikal Balutan dan CPR. Di akhir Kursus Semua Peserta dinilai bagi membolehkan mereka lulus Sijil Pertolongan Cemas & CPR dan layak memakai lencana kecekapan Pertolongan Cemas pada Uniform Masing-masing..




Penilaian CPR oleh Jurulatih


Penilaian Balutan oleh jurulatih


Peperiksaan Teori






Latihan Praktikal CPR


Latihan Praktikal Balutan


Ceramah Pertolongan Cemas Oleh jurulatih



KURSUS PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR

Tarikh: 28hb Julai - 29hb Julai 2010

Tempat: Ibu Pejabat Cawangan BSM Kelantan

Peserta: 30 orang dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan


Pn. Nur Najwa Dina Anak Abong
Penolong Pengarah Idustri Perhutanan
Jabatan Pehutanan Negeri Kelantan

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya BSM Kelantan telah berjaya melaksanakan Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan seramai 30 orang yang berlangsung selama 2 hari.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap teknik pertolongan cemas. selain itu menambah kemahiran peserta dalam menangani kecederaan serta mengendalikan mangsa semasa kecemasa. kursus ini juga bertujuan memberi pendedahan terhadap aspek keselamatan di tempat kerja/ lapangan dan teknik rawatan sementara.

Pada akhir kursus ini peserta perlu menduduki peperiksaan teori dan praktikal yang dikendalikan oleh Jurulatih BSM Kelantan En. Norudin Bin Yaacob (Penolong Pengarah Latihan).

semoga semua peserta lulus dengan jayanya dan ilmu yang dipelajari dapat diperaktikkan semasa menajalankan tugas tidak kira dimana jua dalam apa-apa keadaan sekalipun.









Sesi bergambar pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama Pegawai dan jurulatih BSMM Cawangan Negeri Kelantan

Gambar terpilih