PERKHEMAHAN PBS UNIT 16 JELAWAT





Tarikh: 22hb - 24hb Mei 2008

Tempat: Kem Pengakap, Jeram Pasu

Penyertaan: 54 orang


PBS Unit 16 Jelawat telah mengadakan perkhemahan dengan tujuan untuk melatih pelapis-pelapis baru yang terdiri daripada ahli belia. beberapa aktiviti mencabar yang perlu dilalui oleh peserta tertutama Jungle Tracking. Selain itu peserta di suruh memasak secara individu sebagai latihan ikhtiar hidup di dalam hutan.


Dngan cuaca yang tidak menentu, peserta juga terpaksa berhadapan dengan hujan lebat yang telah membasahi khemah dan pakaian. Namun semua cabaran tersebut dilalui dengan tabah dan tenang.


Kem seperti ini sememangnya menguji kesabaran dan ketahanan ahli Pasukan Bantuan Sukarela Unit 16 Jelawat. Semoga kem tersebut memberi seribu ilmu dan pengertian kepada semua peserta.

PERKHEMAHAN MAAHAD AMIR INDERA PETRA





Tarikh: 22hb Mei - 24hb Mei 2008

Tempat: Latar Belatan, Terengganu

Penyertaan: 170 orang


PBSM Maahad Amir Indera Petra, Bachok telah mengadakan Pekhemahan tahunan PBSM Sekolah. Tujuan utama Perkhemahan ini memberi pendedahan dan Ilmu Pertolongan Cemas kepada ahli baru sekolah tersebut.


selain itu juga menguji ketahan dari segi fizikal dan mental peserta dalam menjalani perkhemahan selama 3hari 2 malam di kawasan yang dikelilingi hutan belantara.


XPDC KE PUNCAK KINABALU






Bulan Sabit Merah Kelantan telah menghantar 7 orang pegawai dan ahli ke Puncak Kinabalu pada 6hb - 10hb Mei 2008. Trogram ini mendapat kejayaan apbila misi dapat disempurnakan seperti yang dirancang. prgram ini antara lainnya adalah sebagai tanda semangat Ahli Pasukan Bantuan Sukarela dalam memberi Khidmat Kemanusiaan tanpa mengira tempat, masa, agama dan bangsa.

Pendakian ini banyak menguji kesabaran dan ketahanan fizikal serta mental peserta kerana cuaca yang sejuk dan laluan yang agak mencabar. Namun semua cabaran tersebut dapat diatasi dengan sempurna.

Bulan Sabit Merah Kelantan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutama kepada Bulan Sabit Merah Sabah yang terlibat secara langsung dalam mengatur jadual dan penempatan peserta pendakian. Juga Penghargaan kepada semua penaja XPDC ini terutama kepada TIC Kelantan, Docnan, Berkat Karisma, Yee Copier, dan individu-individu yang terlibat.


KURSUS PERTOLONGAN CEMAS LANJUTAN


Kursus PCA Lanjutan telah diadakan pada 1hb Mei hingga 3hb Mei 2008 bertempat di Ibu Pejabat Cawangan BSM Kelantan. Seramai 20 orang Jurulatih dan Ahli PBS hadir mengikuti kursus ini.
Teknik CPR kaedah baru juga turut diajar bagi memberi pendedahan keapada jurulatih dan Bakal jurulatih. Ceramah telah disampaikan oleh beberapa orang Doktor yang dijemput khas dengan beberapa topik dan isu terkini berkenaan Pertolongan Cemas.




KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP BSM KELANTAN (FASA II)





Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, sekali lagi BSM Kelantan berjaya mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup BSM Kelantan 2008 (Fasa II). Kejohanan pada kali ini disertai oleh 12 kumpulan mewakili Cawangan, Cabang dan Unit. jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 48 orang.

Dua kategori di pertandingkan iaitu ketogeri kumpulan dan kategori individu. Bagi kumpulan dimenangi oleh PLPP (Unit 1) ke-2 Cawangan 2, dan ke-3 Pasir Mas 2. Manakala Pemain Terbaik Lelaki dimenangi oleh Mohd Arizul (Unit 1) dan Pemain Terbaik Wanita pula dimenangi oleh Nik Mardziyah Bt Nik Al-Fathil (Unit 1).


Kursus Pertolongan Cemas Bukan Ahli

Bulan Sabit Merah Kelantan menawarkan kursus bukan ahli kepada mana-mana warganegara malaysia antaranya :

  • First Aider In Every Home Sekolah Menengah
  • First Aider In Every Home Orang Awam
  • Pengenalan Pertolongan Cemas & CPR (peperiksaan)
  • Pengenalan Pertolongan Cemas & CPR (tanpa peperiksaan)
  • Pertolongan Cemas ASAS
  • Pertolongan Cemas Lanjutan

**Pakej ini boleh dipilih mengikut kemahuan anda...

kami juga akan bekalkan :

  • Kain Anduh
  • Nota Berkaitan
  • Jurulatih berpengalaman
  • Sijil yang diikiraf di peringkat kebangsaan

Jika berminat anda boleh hubungi office untuk pertanyaan lanjut 09-7435504 @ berhubung terus dengan pegawai tadbir dan operasi / pegawai pembangunan organisasi BSM kelantan.

Perkhidmatan Ambulans 24 Jam

Jika Anda ingin menggunakan Perkhidmatan Ambulan untuk menghantar pesakit yang kritikal @ tidak kritikal kemana-mana destinasi Negeri Kelantan atau seluruh Malaysia.. anda boleh menggunakan perkhidmatan Ambulan Bulan Sabit Merah Kelantan.. Perkhidmatan ini adalah 24 Jam.. Perkhidmatan ini adalah berbayar.. 

anda boleh menghubungi office ditalian Hotline Ambulan BSMM Kelantan 011-11155504 untuk keterangan lanjut 

BERTUGAS SEMPENA PERAYAAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM AL-SULTAN KELANTAN YANG KE-58




Seramai 25 orang ahli PBS telibat sepanjang sambutan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan.

BANJIR 2007





Sukarelawan Bulan Sabit Merah Kelantan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Bantuan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.


Banjir 2007 telah melibatkan seramai 187 orang ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) seluruh Negeri Kelantan tampil menghulurkan bantuan. Tugas utama Ahli PBS adalah menyediakan makanan terutama memasak nasi menggunakan Dapur Bergerak (Clinton Cooker).


Susungguhnya curahan tenaga yang diberikan oleh ahli-ahli PBS yang terlibat amatlah dihargai. teruskan khidmat sukarela anda.
"BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"




PERKHEMAHAN SUKARELAWAN DAN BELIA KEBANGSAAN 2008 (PERSUKBEL)


Perkhemahan Sukarelawan dan Belia Kebangsaan 2008 (PERSUKBEL) telah diadakan pada 24hb Mac hingga 27hb Mac 2008 bertempat di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Program ini dianjurkan oleh bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan disertai oleh 2650 orang peserta dari seluruh negara. terdapat juga penyertaan daripada Negara Jerman, Bangladesh, Vietnam, Filipina, Singapura dan Thailand yang terdiri daripada Ahli-Ahli Palang Merah.
Kontingen Negeri Kelantan telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan Perkehamahan yang diwakili seramai 201 orang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Kawad Lintas Hormat, Keceriaan Kawasan Khemah, Masak Berkelompok menggunakan Clinton Cooker, Persembahan UUKA dan Persembahan Kebudayaan.

Gambar terpilih