Aktiviti Rangkaian Belia 2012

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh rangkaian belia 2012 :

1. Jamuan Makan Malam (19 April 2012) - seramai 30 orang telah hadir.
2. Sukaneka (1 Mei 2012) - seramai 25 orang telah menyertai.
3. Gotong-royong bersih kawasan (rumah ke rumah) (4 Mei 2012) - seramai 15 orang menyertai
4. Pertandingan Boling (12 Mei 2012) - seramai 30 orang

aktiviti ini telah diadakan untuk mengumpul sedikit dana bagi menjayakan Majlis Graduasi yang diadakan tidak lama lagi. Diharap aktiviti seumpama ini dapat dijalankan kepada rangkaian belia pada masa akan datang.

antara gambar-gambar yang sempat diambil :
























LATIHAN BERSEPADU PBS TAHUN 2012

Latihan Bersepadu Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) telah diadakan di Ibu Pejabat Cawangan Negeri Kelantan. Seramai 40 orang ahli PBS telah terlibat dalam latihan ini. Latihan ini bertujuan untuk melengkapkan ahli-ahli PBS dengan Sijil Asas seperti Pertolongan Cemas Asas, Pendidikan Palang Merah & UUKA, Pendidikan Kesihatan dan Batuan Bencana Operasi Menyelamat. Latihan ini telah bermula pada bulan Januari dan telah berakhir pada bulan April.

antara gambar-gambar yang sempat diambil :








Kursus Pertolongan Cemas Asas & CPR kepada pelajar KIST

Seramai ‎23 orang ahli BSM Kelantan daripada pelajar dan pensyarah Kolej Islam Sains & Teknologi KIST telah mengambil kursus PCA & CPR pada 21 -22/3/2012. Tahniah kepada semua yang berjaya.

antara gambar yang sempat diambil :










Perkhemahan Kental Diri (S.U.M.E Camp) Rangkaian Belia 2012

Perkhemahan ini telah diadakan pada 14 - 16 Mac 2012 bertempat di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Seramai 30 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini. peserta telah diuji dengan pelbagai ujian antaranya memasak menggunakan buluh, membina khemah dan sebagainya.

antara gambar yang sempat dirakam :












Kursus Pertolongan Cemas Asas & CPR kepada Jurulatih Pusat Ko Terengganu

Kursus ini telah diadakan pada 5hb - 8hb Mac 2012 bertempat di Pusat Ko Besut, Terengganu.Seramai 25 orang telah menyertai kursus tersebut dengan jayanya.

antara gambar yang sempat diambil :






CERAMAH KESEDARAN KESIHATAN JANTUNG

BSM Kelantan dengan kerjasama Unit Pembedahan Kardiotorasik, HRPZ II akan mengadakan Ceramah Kesedaran Kesihatan Jantung pada:

tarikh : 8hb February 2012 (Rabu)
Masa : 3.00 petang - 5 petang
Tempat: Bilik Gerakan IPC BSM Kelantan

semua pegawai dan ahli dijemput hadir.

sila sahkan kehadiran dengan menghubungi 09-7435504 / 0129605982 rudy / 0132119041 ikhwan

tempat terhad !!!!!!!!!

Kem Kepimpinan Belia BSMM YIK 2012

Kem Kepimpinan ini telah diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2012 bertempat di MIN HOUSE CAMP, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Antara aktiviti yang diadakan ialah Kepimpinan Melalui teladan, Lencana Kecekapan dan sebagainya. Seramai 70 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini.

antara gambar yang sempat diambil :








FAIEH

Gambar terpilih