Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012

Himpunan ini telah diadakan pada 23 - 27 Mei 2012 bertempat di Putrajaya. Himpunan ini diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia seramai 1000 peserta BSMM seluruh Malaysia hadir pada himpunan ini. Kontingen Kelantan telah menghantar seramai 40 orang peserta belia dan 10 orang peserta PBS. diakhir himpunan peserta telah didedahkan dengan operasi menyelamat semasa kemalangan.

antara gambar yang sempat diambil :

Rombongan BSMM Cabang Perak Tengah melawat BSMM Kelantan

Program ini telah berlansung pada 25 - 27 Mei 2012 seramai 40 orang menyertai rombongan ini. terima kasih kepada BSMM Cabang Perak Tengah kerana sudi hadir melawat BSMM Cawangan Kelantan.

antara gambar yang sempat diambil :













 

Mesyuarat Agung 2012

Mesyuarat Agung tahunan 2012 telah pun berlangsung pada 21 Mei 2012 dan berlaku sedikit perubahan pada jawatankuasa sebagaimana berikut:

Pengerusi : Hj. Wan Ali Bin Wan Ahmad
Timb. Pengerusi : Dr. Seri Buana Bin Zainudin
Naib Pengerusi 1: Yunus Bin Mat Ali
Naib Pengerusi 2: Tn. Ghazali Bin Tuan Long
Pengarah : Tn. Harun Bin Tuan Yahya
Setiausaha Kehormat: Hj. Ab. Aziz Bin Ab. Rahman
Bendahari Kehormat : Nazari Bin Mohamed Noor
Pegawai Perubatan : Dr. Mohd Azmi Bin Yusoff

3 penolong pengarah:
1. Norudin Bin Yaacob - Penolong Pengarah Latihan
2. Mazelan Bin Mohd Zain - Penolong Pengarah Belia
3. Ab. Hafiz Bin Ab. Rahman - Penolong Pengarah PBS

Pegawai Logistik : Rosemi Bin Jusoh
Penguasa Jururawat: Shahzayati Bt Che Hassan

7 orang Ahli Jawatankuasa :
1. Tuan Mohd Noor Bin Tuan Yahya - Pengerusi JK Multimedia
2. Eidah Bt Sulaiman - Pengerusi JK UUKA Asimilasi
3. Rohana Bt Ibrahim - Pengerusi JK Hal Ehwal Wanita
4. Mohd Khairy Bin Abdullah - Pengerusi JK Derma Darah
5. Hj. Roslan Bin Idris - Pengerusi JK Hal Ehwal IPT
6. Dr. Mohd Zurairie Bin Mohd Zubir - Pengerusi JK Hal Ehwal Belia
7. Sydina Abidin Bin Abdullah - Pengerusi JK Komunikasi

Tahniah kepada semua yang tepilih.. semoga dapat menjalankan tugas sebaik-baiknya demi memajukan lagi BSM Kelantan dan "BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"

MAJLIS GRADUASI RANGKAIAN BELIA 2012

Kota Bharu - Satu Majlis Graduasi bagi rangkaian belia negeri kelantan telah diadakan di Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan. Majlis ini telah diadakan pada 18hb Mei 2012. Seramai 40 orang ahli rangkaian Belia BSMM Kelantan telah menerima sijil tamat latihan yang telah disampaikan oleh YM Tuan Ghazali B Tuan Long, Naib Pengerusi 2 BSMM Kelantan. Seramai 8 orang jemputan telah hadir pada Majlis Graduasi ini antaranya Naib Pengerusi 1, Naib Pengerusi 2, Pengarah, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Penolong Pengarah Belia dan Pengerusi JK Logistik.

Antara Gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut : -










Aktiviti Rangkaian Belia 2012

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh rangkaian belia 2012 :

1. Jamuan Makan Malam (19 April 2012) - seramai 30 orang telah hadir.
2. Sukaneka (1 Mei 2012) - seramai 25 orang telah menyertai.
3. Gotong-royong bersih kawasan (rumah ke rumah) (4 Mei 2012) - seramai 15 orang menyertai
4. Pertandingan Boling (12 Mei 2012) - seramai 30 orang

aktiviti ini telah diadakan untuk mengumpul sedikit dana bagi menjayakan Majlis Graduasi yang diadakan tidak lama lagi. Diharap aktiviti seumpama ini dapat dijalankan kepada rangkaian belia pada masa akan datang.

antara gambar-gambar yang sempat diambil :
























Gambar terpilih