PERKHEMAHAN AGUNG CABANG KOTA BHARU

Tarikh: 27hb - 29hb April 2010
Tempat: Kem Kijang, Kota Bharu
Jumlah Peserta: 555 orang


Sesi Pendaftaran

Seramai 555 orang telah menghadiri Perkhemahan Agung Bulan Sabit Merah Cabang Kota Bharu yang bertempat di Kem Kijang. Sebanyak 21 buah Sekolah Menengah dan 8 buah Sekolah Rendah dalam PPD Kota Bharu.


Sesi Perbincangan pegawai Cabang


Pemasangan Khemah

LATIHAMAL BENCANA 2010, SINTOK, KEDAH







Pada 15hb hingga 17hb April 2010, wakil-wakil Bulan Sabit Merah Malaysia dari seluruh cawangan telah berkumpul di Kem PLKN UUM, Sintok Kedah bagi menjalani latiamal bencana peringkat zon utara bagi tahun 2010. BSMM Cawangan Kelantan telah menghantar wakil seramai 5 orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Ab. Aziz Ab. Rahman, Pengerusi Bencana Negeri Kelantan, En. Ab. Hafiz Bin Ab. Rahman, Pengerusi Bencana Cabang Pasir Mas/Tumpat, En. Norudin Bin Yaacob, Jurulatih Cawangan, En. Mazlan Bin Mahmood, Pengerusi Bencana Kota Bharu dan En. Muhamad Kharudi Ab. Rashid, Pegawai Tadbir dan Operasi.
Pada Hari Akhir latihan ini diadakan simulasi bencana di Kg. Tradisi, Sintok, Kedah yang disaksikan oleh penduduk kampung serta dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mua'dzam Shah pada jam 3 petang. Simulasi ini bertujuan bagi mendedahkan kepada masyarakat tentang persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang melanda. Latihamal ini juga mendapat sokongan daripada beberapa agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi lain.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya melaksanakan Latihamal 2010 bertempat di Sintok, Kedah. Jumpa lagi untuk program akan datang.....

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR POLITEKNIK KOTA BHARU

Align Center






Tarikh: 6hb dan 13hb April 2010
Tempat: Dewan Kuliah Politeknik Kota Bharu
Peserta : 79 orang pelajar

PBS Unit 14 (Politeknik Kota Bharu) telah mengadakan kursus asas pertolongan cemas dan CPR. tujuan utama ialah memberi pendedahan kepada ahli PBS yang baru dan lama tentang teknik CPR dan cara balutan yang betul. Selain itu PBSM Politeknik merupakan salah satu subjek ko-kurikulum yang wajib diambil oleh pelajar termasuk badan-badan uniform yang lain.

MAJLIS GRADUASI BULAN SABIT MERAH CABANG UITM MACHANG







Tarikh : 9hb April 2010
Masa : 9.00 malam - 11.00 malam
Tempat : Dewan Profesional, Uitm Machang

Malam Graduasi BSM Cabang Uitm diadakan sempena memberi penghargaan dan penyampaian sijil serta cenderahati kepada komander-komander yang bakal meninggalkan Uitm kerana telah tamat pengajian bagi semester ini. Beberapa acara dan persembahan yang begitu mencuit hati tetamu yang hadir telah diatur sendiri oleh komander-komander BSM Cabang Uitm Machang. Majlis ini dirasmikan oleh YM. Tuan Harun Bin Tuan Yahya, Pengarah Bulan Sabit Merah Kelantan. Kenangan ini akan dibawa bersama oleh ahli-ahli BSM Cabang Uitm yang akan melangkah keluar nanti. Terima Kasih diucapkan kepada mereka dan teruskan berbakti kepada mereka yang memerlukan tidak kira dimana jua kita berada. "BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"

PESTA KOKURIKULUM UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN




Tarikh : 8hb April 2010
Masa : 11.00 pagi - 6.00 petang

Tempat: Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan

pesta kokurikulum UMK telah diadakan baru-baru ini yang merupakan penutup kepada aktiviti ko semester ini. Beberapa Badan Beruniform dan kelab sukan terlibat sama dalam menjayakan pameran ini. Turut Terlibat ialah Bulan Sabit Merah Kelantan yang telah mengadakan pameran dan memberi informasi kepada tetamu yang hadir. Selain itu juga Bulan Sabit Merah Cabang UMK turut sama mengadakan pemeriksaan tekanan darah, BMI, dan juga menentu berat badan. Hasil kerjasama ini telah mengeratkan lagi hubungan antara UMK dan BSM Kelantan.

PENGURNIAAN KEHORMATAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2010


Pengerusi Bulan Sabit Merah Kelantan telah menerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan bagi tahun 2010 yang membawa gelaran Dato':

Hj. Wan Azhar Bin Wan Mohd Ali - Pengerusi BSM Kelantan
AHLI YANG KEDUA (DATO' PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (D.P.S.K)


Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' di atas penerimaan anugerah kehormatan negeri kelantan bagi tahun 2010. apa yang diharapkan dengan pengurniaan anugerah ini dapat membakar semangat untuk terus berjuang memajukan Bulan Sabit Merah Kelantan dan membantu masyarakat yang memerlukan. TAHNIAH ..........

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN M/S K 5

Gambar terpilih