KURSUS PRA JURULATIH FASA 2


Kursus Pra Jurulatih Fasa 2 telah berjaya diadakan bertempat di Z & H Inn, Jalan bayam, Kota Bharu, Kelantan setelah 3 hari 2 malam kursus ini dijalankan (23hb – 25hb Mac 2010). Kursus ini telah melibatkan 50 orang pegawai belia dan link dari sekolah-sekolah seluruh Negeri Kelantan dan telah melibatkan 8 orang Jurulatih BSMM yang bertauliah. Kursus ini juga telah dihadiri oleh pemerhati dari Ibu Pejabat Kebangsaan iaitu En Azlan Mohammad (Jurulatih Kanan BSMM).









LAWATAN KEMANUSIAAN BULAN SABIT MERAH CABANG RAUB, PAHANG









Bulan Sabit Merah Kelantan telah dipilih sebagai destinasi lawatan BSM Cabang Raub pada 14hb Mac 2010 jam 10.00 pagi. lawatan ini disertai seramai 40 orang pelajar dan 4 pegawai pengiring yang diketuai oleh Tuan Yunazri Tuan Tahya. Antara aktviti yang dilaksanakan ialah penerangan berkenaan aktiviti BSM Kelantan, penerangan aktviti BSM Cabang Raub, Sesi Soal Jawab dan akhir sekali taklimat Komunikasi semasa kecemasan "Emcom" yang disampaikan oleh Mohd Zaki (wakil ARKB).

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dr. Hj. Wan Azhar Wan Ali, Pengerusi BSM Kelantan dan turut menyampaikan amanat kepada peserta lawatan. semoga segala harapan dan nasihat daripada beliau diambil iktibar dan dijadikan teras dalam memajukan lagi diri serta Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pertandingan Pertolongan Cemas Kebangsaan 2010



Pada tahun 2010, Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah pada Pertandingan Pertolongan cemas Kebangsaan yang telah diadakan di kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah yang telah berlangsung selama 3 hari (12-14 Mac 2010).

Kontigen Kelantan telah menghantar 2 pasukan mewakili kategori belia dan kategori PBS..
Kategori Belia diwakili oleh SMK Zainab 1 manakala Kategori PBS diwakili oleh UiTM Kelantan. Pertandingan ini telah diwakili seramai 26 pasukan mewakili 14 buah negeri masing-masing. Antara Pertandingan Yang Telah diadakan ialah:
1. quiz bee
2. Classical First Aid
3. Community based First Aid
4. Bandaging & Immobilization Relay

Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tungku Munawir, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Johan Keseluruhan Bagi Kategori Belia telah dimenangi oleh Tuan Rumah (Negeri Sembilan) Manakala Johan Keseluruhan Bagi Kategori PBS telah dimenangi oleh Wilayah Persekutuan Kuala LUmpur..


Pertandingan Quiz Bee


Gambar Kenangan Bersama


Pertandingan Classical First Aid


PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

En. Mustapha Bin Hassan (9W2ZZG)

En. Nasaruddin Bin Idris 9W2HKS

En. Mazlan Bin Mahmood (9W2PBS)

BSM Kelantan telah menghantar wakil Pasukan Bantuan Sukarela ke Kg. Penambang Hilir untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran. Antara yang mewakili BSM Kelantan ialah En. Mazlan Mahmood (Komandan PBS Unit 1) , En. Mustapha hasan (Kuartermaster PBS Unit 1) dan En. Nasaruddin Idris (Unit Komunikasi).

KEJOHANAN BOWLING INDIVIDU BSM KELANTAN 2010

Kejohanan boling berjalan dengan lancar pada 27hb Feb. 2010 bermula jam 9.00 malam disertai oleh seramai 32 orang bagi kategori lelaki dan 4 orang bagi kategori wanita. Johan kategori lelaki ialah dimenangi oleh Muhamad Kharudi Ab. Rashid dengan 479 jatuhan pin. manakala kategori wanita pula dimenangi oleh Widad dengan 372 jatuhan pin.

GOTONG ROYONG PERDANA, TAMAN DESA WANGI PASIR TUMBUH

Seramai 15 orang Ahli Pasukan Bantuan Sukarela PBS BSM Kelantan turut terlibat sama dalam gotong royong perdana di Taman Desa Wangi Pasir Tumbuh. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini perlu disemai dalam diri seorang sukarelawan supaya dapat membantu masyarakat dalam apa jua keadaan.



Gambar terpilih